Thursday, 30 August 2018
PENGLIBATAN
PDRM DALAM MISI KEAMANAN BANGSA-BANGSA BERSATU – SIRI PERTAMA.
1.0
PENDAHULUAN
Cabaran melaksanakan
perkhidmatan kepada masyarakat pada hari ini begitu kompleks.Kepelbagaian kehendak
dan aspirasi masyarakat menambahkan lagi tekanan kepada PDRM agar dapat
memikirkan hala tuju rasionalbagi memastikan expetasidan harapan mereka dapat
dipenuhi. Dalam usaha memenuhi kehendak dan aspirasi ini, PDRM tidak dapat lari
dari melaksanakan tanggungjawabnya bukan sahaja untuk kepuasan masyarakat
setempat tetapi bersifat lebih global. Steakholder kini bukan sahaja merujuk
kepada kehendak dan peraturan yang diperdasarkan oleh kerajaan tetapi juga
melihat kepada persepktif yang lebih luas. Persidangan, sisi percambahan minda
dan idea sudah pastinya tidak cukup dan hanyalah menjadi pra syarat kearah
melahirkan sistem penyampaian perkhidmatan yang berkesan tetapi mempunyai
sekumpulan professional yang mempunyai kepakaran yang digabungkan dengan
pengalaman merupakan suatu aset modal insan utama dalam usaha memastikan hasrat
kepimpinan dapat dilaksanakan sebagaimana yang direncanakan.
Di
dalam perutusan Ketua Polis Negara sempena Peringatan Hari Polis ke208antara
yang disentuh dan menjadi keutamaan fokus tahun 2017 adalah mempertingkatkan
kualiti penyampaian perkhidmatan PDRM kepada pelanggan danstakeholedrs kearah
kepolisian moden bagi mencapai World
Class Policing menjelang tahun 2020. Ia dilihat satu cabaran besar yang
mesti difahami oleh setiap pegawai dan anggota serta mempunyai iltizam yang
kuat, kerjasama yang padu bagi menzahirkan warga PDRM yang dapat berkhidmat
secara professional. Setiap pegawai dan anggota harus berpengetahuan dan
kemahiran yang tinggi mencakupi bidang tugas masing-masingserta memahami tugas
dan tanggungjawab mereka. Ini bermakna selain memiliki kompentensi mereka juga
mempunyai pengetahuan dan kepakaran tugas yang sebahagian besarnya diperolehi
melalui pengalaman. Salah satu mekanisma dalam usaha untuk meluaskan
pengetahuan dan pengalaman dikalangan pegawai dan anggota khususnya di
peringkat internasional adalah memberi peluang kepada mereka menyertai misi
keamanan yang di pelopori oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Misi
keamanan antarabangsa merupakan satu platform yang penting dalam usaha
memberikan terjemahan khususnya diperingkat lapangan kearah pengetahuan dan
pengalaman dunia kepolisian sejagat. Pertemuan pegawai dan anggota pasokan
polis dari seluruh dunia inibukan sahaja berkongsi memainkan peranan demi
kepentingan sejagat tetapi juga melaksana serta mengimplemtasi pengetahuan dan
kemahiran yang dimiliki selainberkongsi idea untuk suatu tempoh yang panjang.
Ini bukan sahaja boleh ditakrikan sebagai kursus jangka panjang tetapi juga dilihat
sebagai satu jaminan yang amat berharga jika dapat dimanfaatkan dan dikongsi
bersama.
2.0 SEJARAH PENGLIBATAN PDRM DALAM MISI
KEAMANAN BANGSA –BANGSA BERSATU.
Pasokan
pengaman bangsa - bangsa bersatu mula digerakkan pada tahun 1948 melalui United
Nations Truce Supervision Organization (UNTSO) diikuti Military Observer Group in India
and Pakistan(UNMOGIP) pada Januari 1949. Malayisa mula menghantar pasokan
pengamannya pada tahun 1960 ketika menyertai misi pengaman di Congo, Afrika
melalui United Nations Operation in Congo (ONUC). Sehingga ke hari ini
sejumlah 71 misi keamanan telah digerakan Bangsa-bangsa Bersatu dengan penglibatan
162 negara. Sebahagian besar misi telah ditamatkan namun demikian sehingga
April 2017 sejumlah 16 misi keamanan sedang beroperasi termasuklah misi awal
pada 1948 (UNTSO) dan (UNMOGIP) 1949 yang sehingga kini masih diteruskan.
Catatan
merekodkan PDRM mula menghantar pegawai dan anggotanya menyertai misipada 13
Ogos 1991 dimana seramai 14 pegawai dan
anggota dihantar menyertai misi pengaman di Angola[i]dan
statistik yang diperolehi dari rekod United Nations pada Disember 1992 dengan
seramai 12 orang pegawai dan anggota juga telah dihantar menyertai misi di
Angola (UNIVEN II) dan 150 orang menyertai misi di Cambodia (UNTAC)[ii].
Berdasarkan rekod United Nations, pada Jun 2011 PDRM juga menghantar untuk
pertama kalinya pegawai dan (4) anggota wanita menyertai misi di Timor Leste
(UNMIT). Sementara jumlah penyertaan PDRM paling ramai direkodkan pada awal
tahun 2012 dalam Misi di Timor Laste (UNMIT) PDRM telah menghantar 107 personel
lelaki, 24 personal wanita dan 140 pegawai dan anggota yang bertugas sebagai Formed Polis Unit
(FPU).
Sehingga
30Julai 2017 sejumlah 4111 pegawai dan anggota[iii]
telah dihantar bagi
menyertai
pelbagi misi pengaman di seluruh dunia. Bagaimanapun dari jumlah tersebut hanya
seramai 878 orang pegawai dan anggota PDRM[iv]
yang menyertai misi secara individu atau group kecil selebihnya penghantaran
dibuat pada skala yang lebih besar iaitu melalui Format Polis Unit (FPU) yang digerakkan melalui Pasokan Gerakan Am (PGA).
Sehingga kini PDRM telah menghantar pegawai dan anggota menyertai (18) misi
keamanan yang di seluruh dunia yang diterajui oleh keamanan Bangsa - Bangsa
Bersatu. Secara terperinci mengikut laporan
Bangsa- Bangsa Bersatu, penglibatan PDRM dalam misi keamanan adalah seperti berikut;--
1.
United Nations Angola Verification
Mission II (UNAVEN II)
2.
United Nations Angola Verification
Mission III (UNAVEN III)
3.
United Nations Mission For The
Referendum in Western Sahara(MINURSO)
4.
United Nations Protection Force
(UNPROFOR)
5.
United Nations TransitionalAuthority in
Cambodia (UNTAC)
6.
United Nations Advance Mission di
Cambodia (UNAMIC)
7.
United Nations Operation Mission in
Somalia 11 (UNOSOM II)
8.
United Nations Observer Mission in
Angola (MONUA)
10. United
Nations Preventive Deployment Force (UNPREDEP)
11. United
Nations Mission in Bosnia and Herzegovina (UNMIBH)
12. United
Nations Mission in The Central Africa Republic (MINURCA)
13. United
Nations Interim Administration Mission in Kosovo (UNMIK)
14. United
Nations Observer Mission in Sierra Leone (UNAMSIL)
15. United
Nations Mission of Support in East Timor (UNMISET)
16. United
Nations IntegratedMission in Timor-Leste (UNMIT)
17. United
Nations Mission in the Republic of South Sudan (UNMISS)
18. African
Union United Nations Hybrid Operation in Darfur (UNAMID)[v].
Pegawai dan anggota polis yang menyertai
misi pengaman ini bukan sahaja memberi imej telah memberi sumbangan keamanan
kepada dunia tetapi secara tidak langsung mereka adalah pegawai dan anggota
PDRM yang telah menerima latihan berserta perkhidmatan bertaraf dunia kerana
berada dilapangan misi sekurang-kurangnya setahun. Tempoh “berkursus” ini
sebenarnya telah memberikan banyak pengetahuan dan pengalaman yang amat berharga.
Keseriusan PDRM untuk terlibat dalam misi keamanan dunia telah mengalami
transformasi yang significant seiring dengan keperluan semasa serta komitmen
untuk lebih proaktif dalam membantu
bersama menangani konflik dunia yang terjadi sama ada di wilayah Asia,
Balkan, Afrika, Amerika Latin dan Timur
Tengah. Sumbangan ini juga merupakan kesempatan bagi menonjolkan Bangsa Malaysia
sebagai satu bangsa yang majmuk, berdaya saing dan sedia memainkan peranan
bersama ke arah keamanan sejagat melalui penyertaan pegawai dan anggota yang
berbagai bangsa di Negara ini..
3.0 CABARAN
PENUGASAN PERANGKAT ANTARABANGSA
Walaupun ada asasnya mereka adalah
kumpulan pegawai dan anggota yang telah
disiapseiaga
untuk melaksanakan tugas di peringkat dunia namun cabaran lebih besar adalah
memastikan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan oleh PDRM mampu digalas
dengan cemerlang. Menyertai Misi Pengaman Bangsa-Bangsa Bersatu adalah satu
tugasan yang besar bukan sahaja ketahanan dari aspek mental dan fisikal tetapi
juga mempunyai kebertanggunjawaban dalam mempamirkan mutu perkhidmatan yang cemerlang.
Selama setahun, pegawai dan anggota yang terlibat sebenarnya telah menimba
banyak ilmu dan pengetahuan di dalam persekitaran kerja yang bersifat
diversity. Nilai teras United Nation atau core
value adalah Profesionalisme,
Integrity and Respect of Diversity. Nilai ini merupakan tunjung utama yang
mesti difahami sebaik mungkin serta diimplementasi sewaktu bertugas. Sebagai anggota pengaman bangsa-bangsa bersatu
yang juga dikenali United Nation Police
(UNPOL), persekitaran kerja yang tidak kondusif bukanlah penghalang
kepada tugas yang dilaksanakan. Setiap pegawai
dan anggota mesti mempunyai daya kreativiti yang tinggi bagi tujuan menghadapi
semua masalah yang tidak dijangka. Misi yang dilaksanakan misalnya di benua
Afrika, Amarika Latin dan Wilayah Balkan memerlukan sikap profesionalisme yang
amat-amat tinggi kerana ia bukan sahaja berhadapan dengan masalah bahasa tetapi
juga kepelbagaian sosio budaya yang mesti dihormati dan menjadi pegangan
tatasusila kehidupan disepanjang tempoh penugasan. Bendera Malaysia dan lambang PDRM yang tersemat
di lengan kiri meminta kesiapsiagaan dalam diri setiap pegawai dan anggota yang
terlibat agar senantiasa menjaga maruah dan nama baik Negara dan pasukan.
Bertugas di tengah-tengah kawasan konflik, menyatu bersama persekitaran yang
serba berkurangan serta masyarakat yang terlalu mengharapkan keamanan, melihat
dan merasai sendiri dengan lebih dekat penderitaan serta kekejaman yang berlaku
sudah tentunya akan berlaku pertentangan atau konflik diri jika dibandingkan
dengan apa yang mereka lakukan di negera sendiri. Peraturan dan arahan yang
dibentuk mengikut standard internasional yang mementingkan profesionalisme semuanya
harus difahami sebaik mungkin kerana disini bukannya masa untuk mempelajari
sesuatu tetapi tetapi mengimplemantasikan segala pengalaman dan pengetahuan
yang ada seiring dengan mandat yang dilaksanakan. Bergabung dengan pegawai dan
anggota polis diseluruh dunia adalah bertujuan untuk memastikan matlamat misi
yang dibentuk tercapai. Bagi memastikan ia dapat direalisasikan, mereka yang
terlibat mesti bersedia meninggalkan segala
keselesaan yang dimiliki semasa berada di negara sendiri. Tanggungjawab
terhadap keluarga dan segalanya akan terhenti seketika sepanjang tempoh
penugasan misi. Pengetahuan bukan sahaja dalam soal tugas yang dilakukan tetapi
meliputi segenap aspek termasok kebolehan dalam menyesuaikan diri dengan persekitaran yang ada,
mengelakkan dari terkena sebarang jangkitan penyakit yang sedang berleluasa
termasoklah misalnya pemakanan yang seimbang agar cabaran yang menanti dapat
diatasi. Kemajuan telekomunikasi yang ada juga mesti dimanfaatkan sebaik
mungkin bagi memastikan setuasi kehidupan yang begitu asing tidak menjadi
penghalang terhadap tugas yang dilaksanakan. Semua bentuk kemahiran asas harian
seperti memasak, mencuci dan menjahit pakaian, kebersihan kediaman merupakan
kebolehan kendiri yang mesti dimiliki kerana semuanya akan dilakukan sendiri disepanjang
tempoh penugasan. Walaupun hidup berjiran dengan mereka yang berlainan bangsa,
agama dan budaya, Bangsa Malaysia yang penuh dengan sifat kesantunan, tolong
menolong, peramah dan mudah mesra sudah tentunya akan dipandang tinggi serta
disenangi.
Selama
setahun pendedahan diri kepada budaya persekitaran kerja yang begitu mencabar
sudah tentunya memberikan pengalaman yang amat berguna dalam pembentukan jati diri.
Sepanjang tempoh penugasan sudah tentunya memberikan peluang kepada semua
pegawai dan anggota mempelajari banyak pengetahuan dari pelbagai aspek. Penulis
bersyukur mendapat pengalaman bertugas di dua misi yang berbeza iaitu misi
pengaman bangsa-bangsa bersatu di Timur Laste (UNMIT) dan kini di Darfur
(UNAMID). Penulis sememangnya mempunyai azam untuk mencatatkan tentang pengalaman semasa bertugas dibawah
misi bangsa-bangsa bersatu kerana penulis dapati tidak banyak catatan diperolehi
malah di website juga terlalu sedikit informasi yang menceritakan tentang
pekara ini. Penugasan semasa penyertaan misi di Timur Laste (UNMIT) sudah
tentunya belum cukup untuk memberikan satu gambaran yang luas tentang penugasan
dibawah Panji bangsa-bangsa bersatu ini. Bagaimanapun misi pengaman kedua yang
penulis sertai di Darfur (UNAMID) telah memberikan
satu gambaran yang lebih jelas tentang bentuk penugasan dibawah kelolaan Bangsa
Bangsa Bersatu ini. Misi ini adalah gabungan diantara Bangsa-Bangsa Bersatu dan
Kesatuan Afrika ini sememangnya menuntut kemahiran dan kecekapan yang tinggi
dalam perlaksanaannya. UNAMID merupakan gambaran konflik yang jelas, sedang
berlaku dan konflik kemanusiaan di sini adalah untuk menguji sejauh manakah
program dan idea-idea yang dilaksanakan bukan sahaja mampu untuk melindungi
masyarakat setempat tetapi juga mengerakkan komuniti-komuniti yang dibentuk
agar bersedia berkerjasama dengan pertubuhan dunia serta meyakinkan mereka bahawa
badan keselamatan yang dihantar sedia untuk melaksanakan tugas mereka dengan
cemerlang.
4.0 TERKORBAN SEMASA PENYERTAAN MISI PENGAMAN
Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh
Bangsa-Bangsa Bersatu dari tahun 1948 sehingga 01 April 2017 daripada 71 misi
yang dilaksanakan jumlah yang terkorban
di kalangan pasokan keselamatan adalah seramai 3558 orang. Daripada
jumlah tersebut sejumlah 30 orang
merupakan pegawai dan anggota pasokan keselamatan dari kontinjen Malaysia
(MALCOM). Rekod yang diperolehi juga mencatatkan jumlah korban paling ramai
dalam satu-satu penyertaan misi yang dihantar oleh Malaysia adalah seramai (6)
orang semasa misi dijalankan di
Congo, Afrika (ONUC ), (5) orang
terkorban semasa penyertaan misi di Somalia, Afrika (UNISOM), (3) orang terkorban
di Liberia. Afrika (UNFIL) (5) orang terkorban semasa misi di Bosnia
Herzagovena (UNMIBH) dan UNPROFOR, (2) orang terkorban semasa menyertai misi di
Timor Laste (UNMISET dan UNMIT) sementara (7) misi yang lain mencatatkan jumlah
(1) korban. Daripada jumlah tersebut (6) orang pegawai dan anggota PDRM yang
terkorban semasa menyertai misi orang iaitu (2) Pegawai semasa menyertai misi
di Bosnia Herzagonina (UNMBH) (1) pegawai dan (1) anggota semasa menyertai misi di Timor laste (UNMIT dan UNMISET) (1)
Anggota terkorban semasa menyertai misi keamanan di Kosovo (UNMIK) dan (1)
anggota anggota polis terkorban semasa menyertai misi di Darfur, Sudan
(UNAMID). Senarai yang terkorban adalah seperti berikut:-
1.
DSP G 5012 Abdul Malik bin Mohamad
2.
Cif.Inspektor G 8480 Ahmad Kamal bin Saip
3.
Insp I/19182 Benet a/l Pawun[vi]
4.
Sarjan RF 59556 Kanagarethiam Paul
Mallaiappen
5.
D/KPL 108654 Johari bin Abdullah @ Johny
a/k Mondol
6.
D/koperal 116266 Aminuddin bin Majid[vii]
Mereka
adalah lambang keberanian kepada pegawai dan anggota PDRM yang
bersedia
berkorban demi keamanan sejagat. Terdapat juga beberapa insiden yang dilaporkan
berkaitan serang hendap serta cubaan
menculik dilakukan oleh pihak pemberontak terhadap anggota misi keamanan dari
Malaysia antaranya serang hendap yang berlaku terhadap DSP Saufi bin Saad
semasa menyertai misi pengaman di Darfur (UNAMID) yang melibatkan kematian (2)
rakannya di Zam-Zam utara Darfur, yang lain, serangan dan pertelingkahan antara
puak sehingga mengakibatkan pencerobohan terhadap markas bangsa-bangsa bersatu
di Sudan Selatan sehinggan mengorbankan (2) anggota misi pengaman dari India.
Namun sikap dan komitmen terhadap tugas yang dilaksanakan
tidak melunturkan semangat pegawai dan anggota PDRM yang sentiasa siap
sedia untuk menghadapi segala kemungkinan dan dan menabur bakti bersama-sama
pasokan pengaman seluruh dunia dalam
misi keamanan sejagat.
5.0 PENDEKATAN PROGRAM KOMUNITI POLICING
Komuniti
Policing bukanlah satu pendekatan baru dalam PDRM. Konsepnya yang telah
diperkenalkan malah menjadi salah satu teras Plan Strategik 5 tahun PDRM mulai
2007 hingga 2011 merupakan antara pemacu utama dalam usaha mencapai kelastarian
keselamatan secara maksimum melalui penglibatan masyarakat dan individu secara sukarela bersama-sama memikul tanggungjawab
khususnya dalam pencegahan jenayah malah menjadi alternatif terbaik sebagai
mata dan telinga polis dalam penyaluran
maklumat. Sir Robert Peel (1829) menegaskan pencegahan jenayah akan dapat
dilaksanakan dengan lebih berkesan melalui community
orented. Bersesuaian dengan
pengalaman yang dimiliki, berdepan dengan setuasi keselamatan yang tidak
menentu, Bangsa-Bangsa Bersatu juga telah mensasarkan program ini dalam usaha
mendekatkan lagi masyarakat setempat dengan pasokan pengaman.
Di UNAMID misalnya terdapat (3) program
utama komuniti policing diketengahkan iaitu Community Policing Volenteer (CPV), Community Sefty Community (CSC) dan Quick Impac Project (QIP). Ketiga-tiga program ini diperkenalkan dalam usaha
mengeratkan lagi keyakinan masyarakat terhadap pertugas polis keamanan sedunia.
Bangsa-Bangsa Bersatu mememangnya menyedari hubungan yang baik dengan
masyarakat amatlah diperlukan kerana ketika ini konflik yang berlaku telah
mengikis rasa hormat masyarakat kepada pihak berkuasa tempatan. Walaupun konflik yang berlaku misalnya
pertelingkahan antara puak telah berjaya diatasi namun kejadian jenayah seperti
pembunuhan, pencolekan, dan rompakan masih berleluasa. Keadaan ini sudah tentunya memerlukan
pendekatan yang lebih mesra misalnya dalam usaha mengajak masyarakat setempat
dalam menyalurkan sebarang kegiatan jenayah yang berlaku. Rasa percaya dan
keyakinan masyarakat setempat terhadap
pihak berkuasa tempatan sangat-sangat kurang. Masyarakat lebih mempercayai pasokan
pengaman Bangsa-Bangsa Bersatu yang secara terus menerus cuba menyakinkan
mereka melalui mandat sedia ada. Sejumlah (16) misi keamanan yang sedang berlangsung ketika
ini, lebih 70% meletakkan mandat utama adalah perlindungan terhadap masyarakat
atau Protection
of Civilian (POC). Petugas di barisan
hadapan ini diberi kefahaman yang mendalam bagi memastikan mandat utama dalam
misi ini dapat diimplimantasikan.
Community
Policing Volentier (CPV) dilaksanakan melalui penugasan bersama diantara
Pasokan Polis Bangsa-Bangsa Bersatu (CIVPOL) dan kumpulan CPV tempatan yang
dilatih dari setiap zon yang telah ditetapkan. Kumpulan ini akan menjalankan
rondaan, mengumpul maklumat dari masyarakat serta menjadi juru tunjuk kawasan-kawasan aktif di mana rondaan perlu
dilaksanakan.
Community
Security Comitted (CSC) dilaksanakan dengan mengambil
kira peranan penting Team Site Commander atau Ketua
Polis Daerah atau Ketua Polis Balai. Pendekatan ini dilaksanakan melalui majlis
musyawarah yang diadakan pada tiap-tiap minggu bersama ketua-ketua komuniti
setempat, ketua puak dan ahli majlis tempatan dalam membincangkan permasalahan
meliputi soal keselamatan, kesihatan dan bantuan kemanusiaan.
Quick Impact Projects (QIPs) merupakan
program bersekala kecil yang menfokuskan faedah kepada komuniti setempat.
Sasarannya adalah bertujuan untuk mempertingkatkan keyakianan seterusnya sebagai
sokongan kepada penglibatan penduduk setempat terhadap mesej dan kehendak Bangsa-Bangsa
Bersatu. Program dilaksanakan dengan komitmen bersama organisasi dan komuniti setempat
dengan kos pembiayaan program adalah sumbangan dari kalangan anggota polis
antarabangsa ini (CIVPOL). Bermula
dengan mengenalpasti program yang hendak dilaksanakan, memilih golongan
sasaran, seterusnya perlaksanaan program yang dipantau secara teliti. Sumbangan
yang lebih berbentuk tanggungjawab
sosial dari anggota polis ini telahnan dan bantuan yang dimainkan oleh Pasokan
pengaman Bangsa-Bangsa Bersatu ini.
6.0 HALA TUJU MISI DAN MENDEPANI
PERUBAHAN
Mengikut
statistik rasmi yang dikeluarkan oleh pihak Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) dalam websitenya,
jumlah pegawai dan anggota PDRM yang terlibat dalam penyertaan misi
Bangsa-Bangsa Bersatu masih rendah bilangannya walaupun peluang ini sebenarnya
merupakan salah satu lonjakan utama ke arah melahirkan pegawai dan anggota yang
kompeten dan mampu bersaing di peringkat antarabangsa. PDRM seharusnya diharap dapat terus memberi
ruang dan pengiktirafan dengan menghantar lebih ramai lagi untuk menabur bakti
di bawah panji Bangsa-Bangsa Bersatu. Pemilihan yang ketat dalam memastikan
pegawai dan anggota yang benar-benar layak menyertai misi Bangsa-Bangsa Bersatu
tidak harus dipandang ringan. Malah
sebilangan besar mereka yang telah menyertai
misi khususnya dari lain-lain negara menjadikan misi sebagai platform dalam
mempertingkatkan kerjaya mereka. Pengalaman berada dalam misi, cabaran dan
pendedahan yang diperolehi menjadikan mereka lebih kompiten dan professional
dalam mengerakkan perkhidmatan yang cekap dan berintegriti. Kini sebilangan
besar negara Negara luar mengorak langkah dengan menghantar lebih ramai pegawai kanan mereka dalam usaha
memberi pendedahan dan pengalaman yang lebih kompitatif. Pendedahan ini dilihat
sangat penting bagi memastikan konsep-konsep kepolisian yang diterapkan di
peringkat internasional itu membantu ke arah penyediaan perkhidmatan bertaraf
dunia atau “World Class Police”. Pengalaman
selama setahun dengan persekitaran budaya kerja yang diterapkan, tahap
kecekapan, akauntibiliti, komitmen serta tingkahlaku yang positif inilah seharusnya
akan memberikan impak yang besar menghadapi beban tugas yang lebih mencabar.
PDRM diharap dapat memandang perkara ini dengan
lebih serius memandangkan pengalaman bertugas diperingkat antarabangsa ini
sudah tentunya amat diperlukan bagi memastikan profesionalisme dalam bidang
kepolisian ini bukan sahaja diukur dari segi tahap pendidikan yang dimiliki
tetapi semestinya mengambilkira pengalaman luar kerana negara-negara lain juga
meletakkan faktor ini sebagai asas kompintesi ke arah mutu perkhidmatan yang
cemerlang serta berdaya saing.
7.0 KEARAH WORLD CLASS POLICE
Di
era globalisasi ini PDRM tidak boleh mengelak dari menjadi perhatian umum malah
akan terus diberi perhatian secara terbuka oleh masyarakat.Masyarakat akan
lebih mudah memberi kritikan atau kecaman terhadap PDRM setiap kali berlakunya
kontraversi melibatkan Pasokan Polis.Sebagai “pelanggan” kepada pasokan polis
yang juga selaku sebuah organisasi awam, PDRM tidak boleh menghalang orang
ramaidan badan badan bukan kerajaan (NGO) daripada mempersoalkan mereka. Dunia
Kepolisian hari ini menuntut setiap wargakerjanya lebih professional dan
berintegriti. Kompintensi tidak sahaja
dizahirkan melalui pengetahuan yang ada tetapi juga berdasarkan pengalaman yang
dimiliki. Tidak hairanlah dalam usaha memantapkan sesebuah organisasi itu,
keseimbangan idea dan kepakaran amat penting dalam perkhidmatan. Jenayah tanpa
sempadan bukan sahaja memerlukan teknologi yang terkini untuk menanganinya
tetapi juga memiliki modal insan yang berkeupayaan untuk mendepani permasalahan
ini dengan cekap. Selain memiliki nilai-nilai jati diri yang tinggi, rasa
kebertanggungjawaban terhadap tugas dan amanah yang dipikul hendaklah dapat
diimbangi dengan pengalaman yang mendalam kerana pasokan bukan sahaja dinilai
oleh masyarakat tetapi juga ahli organisasi yang sudah tentunya sebahagian
darinya telah matang dan mempunyai banyak pengalaman serta sedia untuk berdaya
saing di peringkat antarabangsa.
Dasar kepimpinan seharusnya melihat
isu-isu dalaman yang berlaku di kalangan ahli organisasi pada persepktif yang
lebih luas sekiranya mahu ahli organisasi terus dipupuk dengan nilai-nilai
tinggi dalam semangat kepolisian. Isu
integriti misalnya bukan sahaja difahami dengan jelas tetapi juga diperhalusi
dengan memperincikan kenapa dan mengapa isu ini masih berlaku. Setiap ahli
organisasi yang terbentuk dengan sifat-sifat kepolisian, merasa yakin dunia
kerjaya yang dipilih oleh mereka merupakan satu penghormatan kepada diri, keluarga dan masyarakat tidak
akan memilih jalan pintas untuk menjadikan kuasa sebagai tatacara budaya hidup
tetapi bersedia untuk mempamirkan mutu perkhidmatan yang terbaik dengan
disiplin yang tinggi secara jujur dan berkarismatik. Mereka merasa yakin dan
percaya bahawa uniform yang dianugerahkan kepada mereka bukan untuk menghimpun
kekayaan atau menindas masyarakat tetapi menzahirkan rasa kecintaan yang
mendalam terhadap keamanan dan keharmonian yang menjadi paksi utama terhadap
tugas dan khidmat yang dilaksanakan.
[i] www.rmp.gov.my
[iii]www.utusan.com.my
[iv]https://en. Wikipedia.org./wiki/listof
Country_
[v] www.UN.Org/peacekeeping/document/operation.pdf
[vi] www.theborneopost.com
BIODATA PENULIS
PENGAMAMAN MENYERTAI MISI
TAHUN 2012 –MISI PENGAMAN BANGSA-BANGSA BERSATU DI TIMUR LASTE ( UNMIT)
TAHUN 2017- MISI PENGAMAN BANGSA-BANGSA BERSATU DI SUDAN (UNAMID)
SERANGAN PERTAMA KOMUNIS DI PAHANG.
MENYINGKAP
SEJARAH SILAM IV
SERANGAN PERTAMA
KOMUNIS DI PAHANG.
Oleh: ASP Mansor Bin Omar
Negeri
Sembilan.
BSC. Mgnt.USM
Sejarah penentangan
gerila komunis pada di zaman darurat
sememangnya mencatatkan banyak tragedi yang tidak dapat dilupakan.Kisah
dan perjuangan itu menjadi igauan biarpun zaman kekejaman dan penuh pancaroba
itu telah lama berlalu.Bagi mereka yang mengalaminya tentulah amat pahit untuk
dikenang apatah lagi kesan dan parutnya masih ada hingga ke hari ini.
Di Pahang kisah dan
penentangan komunis walaupun pada
asasnya seperti dilain-lain negeri di Tanah Melayu pada waktu itu, hampir
serupa namun ia menjadi agak unik kerana terdapat sebilangan anak bangsa yang
telah terpengaruh dan bersedia mengorbankan diri biarpun musuh yang dihadapinya
adalah sesama bangsa jua.
Kajian jumlah anggota keselamatan yang terkorban
dalam pertempuran dengan pengganas komunis khususnya Pasokan Polis di negeri
Pahang juga ramai bilangannya. Walaupun jumlahnya tidak sebesar jumlah terkorban
anggota keselamatan di Perak dan Johor namun sepekara yang menarik perhatian
penulis adalah jumlah pegawai British yang terkorban dalam tempoh darurat
tersebut. Didapati jumlah pegawai British yang terkorban jauh lebih tinggi
berbanding di lain-lain negeri .
Sejarah mencatatkan
peristiwa pembunuhan (3) pegawai Eropah di Perak pada 16 Jun 1948 antara
penyebab yang memuncak kepada penentangan komunis seingga membawa kepada
pengisytharan darurat. Di antara tahun 1948 hingga tahun 1955 senarai pegawai
British yang terkorban dalam pertempuran dengan pengganas komunis di Pahang sebagaimana
yang dicatatkan adalah seperti berikut:-
Bil
|
Nama
|
Rank
|
Nombor personal
|
Tarikh
Terkorban
|
Tempat kejadian
|
1
|
R.Jones
|
B/Sgt
|
26
|
14/2/1948
|
Jln Kuantan Ke Sg
lembing
|
2
|
R.H.Fookes
|
Cadet
|
815
|
11/4/1949
|
Pdg.Piol, Jerantut.
|
3
|
B.Gates
|
A.P
|
4220
|
2/3/1950
|
T 42 ½ Cemeroh
Highlands
|
4
|
E.P Hacket
|
E/Sgt
|
22
|
3/3/1950
|
Ban Lee
Estet,Betong,Pahang
|
5
|
S.S Cook
|
Hons.Insp
|
NIL
|
7/7/1951
|
Manchis Area
|
6
|
G.O Hartley
|
P/Lt
|
501
|
17/7/1951
|
Kuantan Pahang
|
7
|
H.G Marcon
|
P/Lt
|
833
|
6/10/1951
|
Kuantan, Pahang
|
8
|
J.G Qiuck
|
P/Lt
|
846
|
5/1/1952
|
Batu Sawah, Jalan
Kuantan
|
9
|
L.R Mansfield
|
P/Lt
|
361
|
16/3/1952
|
Sg Lembing, Kuantan
|
10
|
E.J Miller
|
P/Lt
|
852
|
20/3/1952
|
Teras, Raub.
|
11
|
C.E.A Bates
|
P/Lt
|
253
|
10/6/1952
|
Kuala Lipis
|
12
|
R. Dixon
|
P/Lt
|
533
|
20/12/1952
|
Kuala Medang
|
13
|
A.E Middleditch
|
P/Lt
|
480
|
13/12/1953
|
Sg Telun, Cameron,
Highlands
|
14
|
C.A.O KeFee
|
P/Lt
|
1096
|
16/1/1955
|
Pahang
|
15
|
J.G Harrley
|
P/Lt
|
NIL
|
16/1/1955
|
Pahang
|
16
|
F.Mecile
|
P/Lt
|
NIL
|
16/1/1955
|
Pahang
|
17
|
Foyer
|
P/Lt
|
NIL
|
16/1/1955
|
Pahang
|
Berbanding dengan
lain-lain negeri, serangan pengganas komunis di Pahang agak menarik untuk
dikaji memandangkan ujudnya penglibatan orang Melayu dalam pasokan tersebut.
Sdr Abu menulis dalam bukunya ….menyatakan Tentera Pembebasan Nasional Malaya
(TPNM) atau lebi dikenali Rajimen ke10 PKM ditubuhkan pada 24 Mei 1949
berpangkalan di Temerloh Pahang. Beliua turut mendakwa mendapat sokongan yang
kuat dari masyarakat tempatan namun pada
taun 1953 mengakui serangan
bertaliarus pasukan keselamatan menyebabkan Rejiman tersebut lari ke sempadan
Tana Melayu bergabung dengan rajiman di sebelah utara. Mungkinkah ada
kebenarannya semangat kebencian yang tinggi dari kisah perjuangan Mat Kilau, Datuk
Bahaman dan Tok Gajah menjadi pemangkin kepada kebencian yang membara terhadap
bangsa penjajah ini, namun yang menjadi tandatanya bukan anak watan yang
mengetuai rejiman tersebut kerana Sdr sendiri berasal dari Lambor kiri Perak.
Menyingkap Sejarah
Silam dalam mengenang kembali pengorbanan anggota pasokan Polis kususnya di
zaman darurat diceritakan oleh En Mohd Yusof bin Abd Hamid @ Tok Maidin 76
tahun dari Kg Pesagi, Maran Pahang bagaimana komunis ketika itu memang ramai di
kawasan Cenor. Beliau masih ingat Pasokan komunis masuk ke sekolah beruniform
dan bersenjata lengkap dan mengajar budak-budak sekolah menyanyi lagu petrotik,
Pasokan keselamatan akan datang di sebelah petang. Kami terima kedua-duanya
asalkan mereka tidak melakukan kekejaman kepada kami. Bila tentera keselamatan
datang kebiasaannya orang putiih kami akan-anak sambut dengan gembira kerana
mereka bawa banyak hadiah gula-gula. Jika komunis datang mereka tidak bawa hadiah,
mereka ajar kami menyanyi dan mereka semuanya orang Melayu” Bagaimanapun apa yang lebih menarik dari presepektif kepolisian juga
menunjukkan pegawai polis yang pertama terbunuh semasa bertugas juga berlaku di
negeri Pahang [1]
dimana SJN …mati terbunuh semasa
bertugas..
Kisah serang hendap di Batu 11 Jalan
Cemor-Mentakab, Pahang sebagaimana yang di tulis oleh Sdr. Abdullah CD antara lain mendakwa telah
menembak mati 11 anggota keselamatan dan menawan 17 anggota yang lain serta 14orang dikatakan tercedera. Kebenaran dakwaan ini
tentu sekali untuk menceritakan kembali
sejarah perjuangan salah satu Rejiman dalam Parti Komunis Malaya (PKM) yang
dikenali dengan nama Rajimen ke 10 PKM. Rajimen ini dikatakan di anggotai oleh
orang-orang Melayu dan ternyata
sebilangan besarnya merupakan mereka
yang berhaluan kiri yang terlibat diantaranya dalam Barisan Tani Malaya (BTM) ,
PETA, pembebasan tanah Air, Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan API
. Pertempuran tersebut dikatakan
telah memihak kepada PKM dengan kekalahan yang besar jumlahnya dikalangan
pasokan keselamatan.
Penulis berkesempatan
berjumpa dengan salah seorang anggota keselamatan yang terlibat dalam
pertempuran tersebut.Biarpun usianyakinimenjangkau
85 tahun, namun kesihatan yang baik membolehkan beliau berkongsi kesah traged yang berlaku
ketika itu. Saksi kejadian En. Ahmad bin Bakar 83 tahun kini menetap di Felda
Lui Barat, Bahau, Negeri Sembilan menceritakan bagaimana ketika itu beliau yang
menganggotai pasokan Special Konstable (SC) baru 3 bulan bertugas di Balai
Temerloh. Hari kejadian beliau dan rakan
yang lan telah diarah bertugas mengiring sepasukan anggota polis untuk untuk di
tempatkan dibuah balai baru iaitu Balai Polis Prestegi.Jumlah kekuatan Pasokan
polis yang akan ke tempat berkenaan ialah seramai (35)orang diketuai oleh (1) Sarjan bernama Ibrahim. Turut serta dalam pergerakanitu ialah pasokan Jungle Skuad,
Axulary Polis (AP) dan Anggota General Am (GD). Mereka bertolak secara konvoi menaiki (3) trak jenis Ford V8 pada jam
0900am. Konvoi kemudiannya mengunakan feri menyeberangi Sungai Pahang,
seterusnya meneruskan perjalanan melalui jalan darat yang ketika itu
keseluruhannya merupakan kawasan hutan. Lebih kurang 3 batu perjalanan semasa
sampai di suatu selekoh tajam, konvoi telah diserang gerombolan komunis yang diketahui dalam yang ramai. Ketika
itulah berlaku pertempuran yang sengit yang berlangsung hampir 1 jam setengah.
Menurut saksi seramai
(7) anggota polis terkorban dan (21) orang tercedera. Saksi turut mengalami
kecederaan ditembak pada lengan kanan dan mata turut terkena serpihan peluru. Kecederaan di
bahagian mata itu kekal hingga ke hari ini. Komunis terlalu ramai, kami
berusaha mencari tempat perlindungan, Walau komunis ramai kami tidak
takut.Komunis terus meninggalkan tempai kejadian setelah merampas banyak
senjata. Saksi yang cedera parah kemudiannya diselamatkan dan hanya sedar sewaktu
berada dii Hospital Jerantut. Di situ saksi dapat mengingati ada (21) anggota
lain yang tercedera. Saksi dirawat selama sebulan. Seingat saksi selepas
seminggu kejadian Pegawai Polis British
yang dikenali dengan nama Henry Gurney ketika itu berpangkat Commissioner
Police ada membuat lawatan. Beliau dikatakan boleh berbahasa Melayu dengan baik
dan ada bertanya tentang kecederaannya. Setelah
pulih dari kecederaan beliau dibelikan “kerja ringan” disebabkan kecederaannya
kekal.
Sepanjang pengetahuan
saksi pertempuran tersebut dianggap sebagai pertempuran yang pertama diantara
pasokan keselamatan dengan gerombolan Parti Komunis Malaya (PKM) yang
melibatkan jumlah yang ramai. Berdasarkan apa yang diceritakan saksi juga
bacaan penulis dalam buku Karya Abdulla CD, Penulis berkesempatan menjejak
kembali tempat berlakunya tragedi tersebut. Kesempatan Penulis berada di Pekan
Chenor, Maran Pahang akhirnya berjaya mengesan lokasi sebenar kejadian iaitu di
batu 8 Kawasan Felcra Jalan Lama ke Temerloh. Ia terletak kira-kira 6 Km dari
Kg Sakara, Cenor, Maran,Pahang. Sememangnya ramai orang-orang tua yang kini
rata-rata berusia 70 tahun ke atas mengetahui akan tragedi tersebut malah
tempat tersebut di kenali sebagai Selekoh Ambus. bat kejadian Berdasarkan kenyataan Ia berlaku Saksi
juga mendakwa ada di antara anggota komunis tersebut sememangnya dikenali
diantaranya Wan Ali yang dikatakan didatangkan dari Gua Musang, Kelantan, Manap
Jepon yang juga diketahui sebagai anggota Barisan Tani Malaya, Cik Gu Taha,
Diantara tahun 1948
sehingga 1960 sejumlah 103 anggota pasokan polis telah terkorban dalam serangan
pengganas di kawasan Pahang. Walaupun
jumlah yang terkorban tidak seramai di Negeri Perak dan Johor, setiap kejadian
yang melibatkan kematian sudah tentu ada kesahnya.
Berkongsi pengalaman bersama En.Ahmad bin Awang Yaki 82 tahun yang
menetap di Felda Keratong 5, Bandar Tun Razak, Muaazam, Pahang menceritakan beliau memasuki Pasokan Polis
Khas (SC) pada 04.04.1950 semasa berusia 18 tahun. Waktu itu kegiatan Bintang
Tiga dalam menghuru-harakan keamanan dan keselamatan negara begitu kuat. Sasaran
utama mereka adalah untuk memastikan ekonomi negara dapat dilumpuhkan. Alasannya
Sistem Kapitalisme acuan Penjajah ingin membolot ekonomi negara, menindas
rakyat dan tidak layak untuk memerintah dijadikan agenda. Siapa sahaja yang
berkerja dengan penjajah khususnya
anggota pasokan keselamatan juga digelar tali barut penjajah. Serang
hendap banyak berlaku. Sebilangan rumah pasong atau balai serta Pos Polis yang menjadi sasaran dalam usaha mereka
menakutkan pasokan keselamatan dan merampas senjata yang dibekalkan.
Kajian berkaitan
aktiviti survesif dalam daerah Pahang pada awal tahun 50an juga menunjukkan
ramai anggota pasokan polis yang terkorban dalam serang hendap pengganas.Di
antara bulan Febuari hingga Januari 1951 seramai (11) anggota polis telah
terkorban akibat dalam serang hendap pengganas di daerah bentong serta daerah
berhampiran.
Sebagaimana yang terpahat di tugu peringatan
anggota yang terkorban di Muzium Polis, Kuala Lumpur antara yang terkorban
ialah:
1.
PC 11968 Talib bin Kidam 16/02/1950di Kawasan
Mengkuang
2.
SC 15618 Sehat bin Hassan 04/09/1950 di Jalan
Karak Mancis
3.
SC 19396 Sharoni bin Sumat 04/09/1950 di
Jalan Karak mancis
4.
SC 15786 Yacob bin Mohd Areif 26/06/1950 di
Teriang-Mengkuang
5.
SC 19542 Muhassim bin Yaman 26/06/1950-Teriang-Mengkuang
6.
PC 12069 Mohamad Yunos bin Buyong
30/06/1950-Teriang-Mengkuang
7.
SM 1793 Mohd Nor bin Asap 04/09/1950 diJalan Bentong
8.
PC 11865 Salleh bin Sirona 04/09/1950 di
Kawasan Bentong
9.
SC/KPL 5762 Ahmad bin Sangkut 09/09/1950 Bt
64 Jln Raub-Bentong
10.
PC 13393 Kusas bin Hj.Othman
24/11/1950 di Jalan Bentong-Raub
11.
SC 29255 Hassan Bin Said 15/01/1951di Kawasan Bentong
Penulis
juga sempat bertemu dengan seorang lagi anggota yang pernah berkhidmat dalam
pasokan polis semasa darurat di negeri Pahang iaitu En Wan Ismail bin Wan
Sulong 78 tahun dari Kg.Tengah, Bandar lama, Kuala Rompin, Pahang.
En.Ramli bin Kassim
84 tahun dari Kampung Mengkarak, Bandar Bera, Pahang. Beliau memasuki polis
tahun 1949 memakai no 24463.Tiga tahun kemudian pada 1951 beliau menyertai regular polis dengan menggunakan nombor
14803. Ternyata banyak kisah di zaman
perang masih dalam ingatan beliau. Beliau tidak lupa bagaimana seorang pemimpin
komunis yang begitu terkenal di Melaka dan Tampin, Negeri Sembilan nama Abu Noh Berjaya
ditangkap dengan mudah oleh beliau. Menurut beliau lagi tangkapan itu
sebenarnya dibuat secara tidak sengaja, Abu Noh yang dikatakan berasal dari
Kg.Cerana Putih datang ke rumah pasong
memakai uniform barisan tani Malaya (BTM) pada mulanya untuk dapatkan penjelasan
tentang kegagal;an dia mendapatkan surat beranak akibat kekasihnya nama Yong
Cik yang mengandung kerana mereka terlanjur. Dengan membawa Pistol abu Noh
menyerah diri pada beliau yang ketika itu berada di pejabat pertanyaan. Setelah
meyerahkan senjatanya, Beliau mengajak Abu Noh minum di kedai kopi belakang rumah pasong tersebut. Abu Noh kelihatan bersaha menurut beliau
duduk minum semeja.Tidak semena-mena satu pegawai datang menghampiri meja minum
beliau dan terus memberkas Abu Nuh yang sedang minum bersama beliau.Apabila
berjalan ke Rumah Pasong, beliau lihat ramai pasokan keselamatan beruniform
lengkap bersenjata. Ruma-rupanya kehadiran Abu Noh di rumah Pasong itu telah
mendapat perkhabaran pihak atasan, lalu arahan dikeluarkan agar Rumah Pasong
tersebut di kepong, disebabkan Abu Noh merupakan pengganas Nombor satu kawasan
Tampin dan Melaka serta amat dikehendaki. Mengenang kisah tersebut beliau
tersenyum kerana tidak menyangka beliau begitu mudah dapat menangkap seorang
ketua komunis.
Mengingati peristiwa Kemerdekaan Tanah Melayu, ketika Tuanku Abd Rahman membawa pengisytharan kemerdekaan dari London, beliau adalah antara polis yang bertugas di lapangan Terbang Batu Berendam, Melaka ketika itu.
Mengingati
nama-nama orang melayu yang bergiat
cergas dalam menganggotai pasokan survesit
antaranya ialah Manap Jepon,anak tempatan kg Buntut Pulau,Temerloh Pahang, Abu Samah dan Cik Gu Taha.
Subscribe to:
Posts (Atom)