Keamanan dan kesejahteraan
yang kita nikmati kini sepatutnya
tidak membolehkan kita leka bahawa kita tidak mungkin diuji lagi akan
kekebalan malah mampu terdedah dengan
peluang dan ancman.
Disebalik kedamaian dan
keharmonian ini sebenarnya tercatat sejarah silam yang terlalu pahit untuk
dikenang. Nostalgia yang jika diimbau pun menzahirkan perasaan berbelah bahagi
kerana nikmat kesenangan dan ketenteraman yang ada pada hari ini sebenarnya
dibayar dengan harga yang terlalu mahal.
Kisah dan tragedi yang
dicatat ini bukan untuk mengungkit kepahitan zaman silam tetapi adalah untuk
mengingatkan generasi hari ini khususnya warga PDRM bahawa zaman penuh
pancaroba itu menuntut kecekalan, keikhlasan serta keberanian yang tinggi jika
bercita-cita untuk berkhidmat dalam
pasukan keselamatan dalam menawarkan bakti untuk menjaga keamanan dan
ketenteraman Negara.
Bekok yang jaraknya lebih kurang
(10) kilometer dari persimpangan Pekan Chaah dan Pekan Labis merupakan sebuah
mukim dalam daerah Labis. Sebilangan besar kawasannya merupakan ladang kelapa
sawit dikelilingi hutan tebal yang menganjur sehingga ke sempadan Kuala Rompin,
Pahang dan Daerah Mersing,Johor. Di zaman darurat khususnya awal tahun 1950an
dalam krisis menentang gerila komunis, Bekok antara wilayah selatan yang dianggap kawasan amat aktif sebagai sarang gerila komunis selain Labis, , Paloh, Keluang, Kulai , Endau,
Kambau, Sedeli, Penggerang dan Pontian.
Statistik senarai anggota
keselamatan yang terbunuh semasa darurat mencatatkan di antara tahun 1950
hingga tahun 1952 ramai anggota polis yang terbunuh di kawasan ini diantaranya:-
1. 04/03/1950 (2) Special Constable terkorban di
Eldred Estet,Bekok,Johor.
2. 30/09/1950 (2) Special Constable terkorban di
Eldred Estet, Bekok,Johor.
3. 15/10/1950 (8) anggota (1) KPL (5) PC dan (2) EPC
terkorban di
Chan Wing Estet,
Bekok,Johor.
4. 09/07/1951 (1) Special Constable terkorban di Anglo
– Johor Estet,
Bekok,Johor
5. 30/06/1952 (2) anggota (1) A.P Insp (1) AP terkorban
di Chan Wing Estet
Bekok, Johor.
6. 01/07/1952 (2) Special Constable terkorban di
Anglo-Johor Bekok Estet,,
Bekok, Johor.
7. 27/12/1952 (2) Special Constable terkorban di
Sungai Bekok Estet, Bekok,
Johor.
Pengkisahan
yang diceritakan oleh saksi-saksi kejadian turut membuktikan jumlah ini
sebenarnya lebih ramai yang terkorban jika melibatkan orang awam yang turut
menjadi mangsa
3.0 Tragedi Bukit Locing
Menceritakan tragedi yang
berlaku, bagi En. Taman bin Salleh 84 Tahun yang kini menetap di Ladang Geddes,
Bahau Negeri Sembilan masih ingat beliau waktu itu berkhidmat sebagai Special
Constable (SC) di Segamat Johor telah di
arah ke Bekok untuk mengambil anggota Polis yang terkorban diserang hendap
Komunis. “Saya sampai di sana sebagai pasukan bantuan, Saya sampai dan waktu
itu keadaan sudah reda, saya tengok mayat ramai anggota di bariskan di tepi jalan kawasan ladang
getah. Saya masih ingat ada, ada seorang anggota polis yang saya kenali nama Mat Dom, masih hidup dan mengerang dalam kesakitan tetapi keadaan baju yang dipakainya penuh
berlumuran darah. Dia yang menceritakan kenderaan yang dinaiki telah terkena
jerangkap samar dan kemudiannya diserang hendap Komunis. Kisah (8) anggota polis terbunuh dalam satu
serang hendap di Bekok, Labis Johor, senarainya seperti berikut:-
i. Koperal
7163 Mohd Yatim bin Abdullah
ii. PC
11768 Mohd Nor bin Lajis
iii. PC
11765 Nordin bin Kadir
iv. PC
11898 Anuar bin Buyong
v. PC
13049 Ismail bin Abbas
vi. PC 13168
Mohd Shah bin Hj Abdullah
vii. EPC 2596
Mohd. bin Hussin
viii.EPC
3426 Mohd. bin Salleh.
Lawatan tempat kejadian dengan bantuan penduduk tempatan
Bukit Locing, Ladang Gunung Mas @ Chan Wing Estet.
Peristiwa terkorbannya
anggota polis ini juga di ceritakan oleh Hj Johari Bin Yunos 85 tahun bekas Ketua
Kampong Labis yang kini menetap di Felda
Tenang,Labis Johor. Beliau ketika itu juga bertugas sebagai SC di Balai Polis
Labis menceritakan kejadian berlaku di satu tempat dipanggil Bukit Locing.
Gerila Komunis dikatakan mengguna tektik dengan cara memasang jerangkap samar
di kawasan berhampiran jurang menyebabkan pasukan keselamatan tidak mempunyai
ruang untuk berlindung. Sebaik kenderaan pasukan keselamatan yang merupakan
anggota dari Balai Polis Labis menghampiri laluan tersebut, kenderaan tersebut
meletup lalu terbalik dan ketika itulah
gerila menghujani mereka dengan peluru dan bom tangan dari atas bukit . Hanya
kereta menjadi tempat berlindung. Kekuatan gerila yang ramai tidak mematahkan
semangat juang anggota keselamatan. Dengan kekuatan yang kecil berbanding musih
yang ramai bilangannya,peluang untuk hidup memang ada jika mereka menyerah
tetapi mereka berjuang habis-habisan, namun untuk menyerah tidak sekali. Mereka
membalas balik setiap tembakan yang dilepaskan musuh. Kenderaan itulah yang
menjadi pelindung mereka, Gerila hanya meninggalkan tempat kejadian setelah menjangkakan
tidak ada seorangpun yang selamat dari serangan tersebut. Turut terkorban ialah
beberapa orang awam yang merupakan pekerja Telekom. Mereka diiringi oleh
pasukan keselamatan dalam tugas memasang
kabel di Chan Wing Estet.
Kekuatan gerila komunis dalam
serangan tersebut tersebut dianggarkan seramai 80-100 orang dan dipercayai dari Rajimen ke4 Parti Komunis Malaya yang
ketika itu dianggarkan mempunyai kekuatan seramai 370 anggota[1].
Penulis yang melawati tempat kejadian mendapati kini kawasan tersebut terletak
di Ladang Gunung Mas yang suatu ketika dahulu dikenali dengan nama Chan Wing
Estet. Jarak tempat kejadian dari Balai Polis Bekok lebih kurang (10) kilometer.
Lokasi itu dinamakan Bukit Locing kerana dikatakan suatu ketika dahulu
terdapatnya locing yang amat besar berhampiran puncak yang digunakan sebagai
isyarat kepada pekerja-pekerja ladang supaya meninggalkan kawasan ladang sebaik
jam 3 petang. Pertempuran itu memang hebat, kekuatan pasukan keselamatan tidak
mampu menyamai musuh yang jumlahnya
lebih besar, namun mereka melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan penuh
tanggungjawab walaupun nyawa mereka
menjadi sandarn. Bagi mereka untuk menyerah tidak sekali-kali. Wira-wira ini
sememangnya antara mereka yang terbilang walaupun tidak pernah dijulang... Bersambung dalam kisah Tragedi Hari Jumaat-layari https://www.youtube.com/channel/UC3JqY052rDAGvR09VlFdENQ?feature=mhee
No comments:
Post a Comment