Thursday 11 April 2013

SERANGAN GERILA KOMUNIS DI NEGERI SEMBILAN





1.0       Pengenalan.           
Semboyan darurat yang dibunyikan antara  tahun 1948 hingga 1960 telah mencipta banyak kisah dan tragedi. Di kalangan  anggota Pasukan Polis sahaja sejumlah 1346 anggota  telah terbunuh. Pertengahan tahun 1951 sahaja keseluruhan kekuatan pasukan polis terdiri daripada 20,124 termasuk pegawai dan Anggota Pangkat Rendah, 36,939 Konstable Khas (Special Constables) ,3756 Konstabel Polis Tambahan (Extra Police Constables),6000 Polis bantuan (Axuiliry Police),disamping terdapat sejumlah 100,370 anggora Home Guard dan 63,922 Kampung Guard[1]  Di Negeri Sembilan juga semboyan ini  jika diminta pandangan dari genarasi muda warga PDRM, menjadikan mereka mengerutkan dahi kerana tidak pasti apakah maknanya yang sebenar dalam kamus perjuangan pasukan PDRM atau apakah zaman itu  sesuatu yang perlu dipelajari dan kalau pun perlu untuk apa  era itu perlu dihayati kerana masa itu seolah-olah menoleh kebelakang dan cukuplah mengetahuinya sebagai suatu zaman yang dikatakan susah sama seperti zaman Tanah melayu di perintah oleh Jepun. Kecelaruan sejarah itu kadangkala sesetengah daripada generasi hari ini  meletakkan ia sebagai ……………….esetengah orang sering menuturkan pertanyaan rusuhan kaum peristiwa 13 Mei 1969 itu di katakan berlaku di  zaman komunis sedang berkuasa.
            Apalagi untuk cuba memahami bertapa kemestian mempelajarinya kerana  negara ini  ketika itu terpaksa memperuntukan  kos perbelanjaan sebanyak 700 juta paun atau hampir hampir RM 4 billion wang masa kini  atau memperlihatkan kemuncaknya dengan keperluan perkhidmatan hampir 300,000 anggota keselamatan bagi menentang 6000 Tentera Pembebasan Rakyat Malaya * atau di panggil gerila Komunis[2]
Bagi sebilangan bekas-bekas anggota pasokan keselamatan yang pernah  berkhidmat di Negeri Sembilan, nama-nama seperti Tan Fook Long di kawasan Jelebu, ,Ibrahim Baba di Tampin, Choo Ah Kuang di Bahau, Samsiah Fakeh dan Zaiton di Kuala Pilah, Manap Jepon dan Cikgu Taha @Taha Kalu di Pertang bagai merentap-merentap gerak hati mereka kerana nama-nama inilah antara yang pernah mereka hafal dan yang  kena mereka ingat dan jika berpeluang berjumpa tidak ada tindakan lain mesti diambil sama ada tangkap atau  tembak mati.
Menjelang akhir tahun 40an dan awal tahun 50an, Tanah Melayu telah terjerumus dalam satu kencah peperangan yang bukannya datang dari luar tetapi ……  Tercatat dalam Sejarah Negeri Sembilan  beberapa peristiwa yang berlaku antaranya serangan yang mengorbankan (13) anggota Polis di Bukit Tangga, Jelebu N.Sembilan pada 12/12/1949. Catatan sejarah itu ada terpahat di Ibu Pejabat Polis Daerah Jelebu pada hari ini sebagai mengenang jasa dan pengorbanan mereka yang telah sanggup mengadai nyawa dalam mempertahankan keamanan dan keselamatan negara tercinta.
Mengimbau kisah serangan gerila komunis di Bukit Tangga, Jelebu, Negeri Sembilan sebenarnya bukan sekali serang hendap dilakukan malah pada tahun 1948 kawasan tersebut adalah merupakan antara laluan yang paling kerap  menjadi sasaran gerila komunis dalam melakukan serangan. Terhadap pasukan keselamatan

2.0       Tragedi rakan di bakar dengan minyak api.
 Bagi  Yahya bin Omar 79 tahun yang menetap di Felda Bukit Jalor Air Kuning Selatan, Tampin, Negeri Sembilan menceritakan beliau memasuki Pasukan Special Constable (SC) kemudiannya menjadi Extra Police Constable (EPC) pada masa itu. Masih beliau tidak lupa hari itu merupakan Hari Raya Aidil Adha Tahun, beliau dan (6) anggota yang lain telah diarahkan menghantar “ration” melalui laluan Bukit Tangga. Di laluan tersebutlah kenderaan yang dipandu beliau telah diserang hendap menyebabkan kenderaan tersebut terbalik. Beliau yang turut terhumban bersama kenderaan  bernasib baik kerana kenderaan itu jatuh di kawasan berpaya bersebelahan jalan. Dalam keadaan genting tersebut beliau hanya mampu berdiam diri memandangkan gerila komunis yang menyerang adalah ramai. (6) rakan beliau ada yang tercedera telah ditangkap, mereka kemudiannya telah dibakar hidup-hidup. Raungan kesakitan rakan-rakan beliau tersebut hingga ke hari ini masih terngiang-ngiang di telinga beliau. ‘Bila Gerila Komunis tersebut pergi, saya memberanikan diri melihat nasib rakan-rakan saya. Perasaan pilu bercampur geram pada ketika itu melihat  rakan-rakan saya rentung dengan uniform yang dipakainya. Mereka semua masih muda tetapi telah terkorban dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.”Saya tidak lupa akan peristiwa yang dilakukan oleh pihak komunis itu hingga akhir hayat saya” Ujur beliau lagi.   
Menjelang tahun 1949 hingga pertengahan tahun 1950an dalam menyingkap sejarah silam kisah-kisah terkorbannya anggota pasokan keselamatan di Negeri Sembilan ini, sebenarnya banyak peristiwa dan tragedi yang boleh dikongsikan sebagai pengajaran dan ingatan kepada kita khususnya warga polis pada hari ini. Malah jika ia dilihat dari sudut yang lebih positif sebenarnya nilai-nilai kepahlawanan, keberanian, kebertanggungjawaban dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan itullah yang boleh diperkatakan dari mereka-meraka ini yang sebenarnya terbilang tetapi tidak pernah dijulang.

3.0       Serang hendap di Ladang Geddes, Bahau, Negeri Sembilan.

            Meneliti senarai pengorbanan pasukan keselamatan khususnya di Kawasan Negeri Sembilan, En.Hew Yaw Fah 86 Th yang menetap di Ladang Geddes  merupakan seorang bekas Auxiliary Police (AP) tahun 1950 masih ingat, pada waktu itu Ladang Gedes merupakan antara kawasan Ladang Getah yang terbesar di Tanah Melayu, Ladang yang mempunyai kepadatan penduduk hampir 15,000 orang  juga mempunyai kemudahan asas termasuk hospital dengan bilangan 100 katil pesakit dan kilang pemerosesan getah kepunyaan syarikat Dunlop. Tertulis dalam senarai   pada 23/11/1950  (5) anggota keselamatan (1)  KPL 12536 Zakaria bin Pandak Rawan (2) PC 6155 Nasir bin Salleh (3) SC 34331 Abdul Ghani bin Lassim (4) SC 36563 Borhan bin  Mohd Zin dan (5) EPC  2165 Abdul bin Yahya  telah terkorban sewaktu perjalanan balik dari mengiringi bantuan makanan ke Ladang Gedes  kerana serang hendap gerila komunis dari Rajimen ke2 PKM[3] yang dipercayai diketuai oleh Chee Ah Kiong.
            “Saya tidak melihat keadaan mayat anggota polis yang terkorban itu, tetapi saya diarah menjaga kenderaan yang dinaiki anggota polis yang terbakar teruk dan diletakkan di dalam kawasan kilang Dunlop tersebut. Waktu itu semua orang bercerita kisah polis terbunuh di serang hendap di Jalan Kah For lebih kurang 5 kilometer dari Ladang Geddes selepas mereka membantu mengiringi kenderaan membawa bekalan makanan.
            Peristiwa serangan ini sebenarnya mempunyai kisahnya yang tersendiri biarpun tidak sehebat kisah Bukit Kepong, namun pengorbanan dan kesetiaan wira-wira ini dalam mempertahankan keamanan dan keselamatan negara   sebenarnya tiada bezanya Cuma kebarangkalian kisah itu tidak pernah dipaparkan apatah lagi diceritakan kepada generasi masa kini.

            Kisah dan peristiwa ini turut dikongsi oleh  Syed @ Syed Hasan  bin Fazal Shah 82 tahun yang menetap di Kampung Peladang, Bahau Negeri Sembilan. Beliau yang pernah bertugas sebagai Special Constable (SC) pada tahun 1948 menceritakan bahawa antara yang terkorban itu adalah sahabat karib dan jiran depan rumah  beliau nama Zakaria Bin Pandak Rawan. Anak kelahiran Perak ini dikatakan bertugas di Balai Polis Bahau ketika itu dan menyandang pangkat koperal. Sewaktu berita kematiannya disampaikan, beliau sempat melihat jenazah Zakaria yang di bawa balik ke kampong beliau (Kampong Peladang) sebelum jenazahnya di bawa balik ke Perak.        Arwah meninggalkan (2) seorang isteri dan orang anak yang masih kecil.

            Kisah ini juga turut dikongsi bersama oleh  bekas anggota polis PC 34457 Aziz bin Madi 81 tahun yang menetap di Kampung Juar, Sri Menanti, Negeri Sembilan. Beliau yang pernah bertugas sebagai Special Constable (SC) pada tahun 1948 kemudiannya diserapkan kepada polis biasa menceritakan kisah terkorbannya (5) anggota keselamatan itu diketahui semasa berada dalam Area Security Unit (ASU) iaitu unit yang menjalankan rondaan hutan dan ladang-ladang. SC. Unit beliau yang berpangkalan di Bahau, Negeri Sembilan sering di arahkan membuat rondaan di kawasan berkenaan memandangkan kawasan tersebut  dikenalpasti terdapat  banyak aktiviti dan pergerakaan gerila komunis selepas kejayaan mereka melakukan serang hendap terhadap pasukan keselamatan di Jalan Kor For. Beliau juga masih ingat dalam satu rondaan yang dijalankan di kawasan New Rompin Estet juga tidak jauh dari Jalan Kor For, pasukan beliau telah bertempur dengan gerila komunis. Pertempuran yang berlangsung hampir 2 jam telah itu telah mengorbankan (2) orang  rakan sepasukan (1) SC 22876 Ahad Bin Mohamad (2) SC 35526 Samad bin Saman yang di catat terkorban  dalam satu serang hendap pada 18/4/1951. Bagaimanapun dengan bantuan askar Ghurka, gerila komunis dapat ditewaskan, dalam pertempuran tersebut beberapa gerila komunis dipercayai terbunuh tetapi mayatnya berjaya dilarikan oleh mereka.

            Serang hendap terhadap (5) anggota keselamatan ini juga turut dikongsi kisahnya oleh  Wan Hamid bin Wan Sulong 82 tahun yang menetap di Kampung Kepis Hilir, Johol Negeri Sembilan. Menceritakan tentang tragedi tersebut, waktu itu beliau telahpun bertugas di Balai Polis Bahau juga sebagai Special Constable (SC). Menurut beliau lagi apabila Federal Malay Police (FMC), seorang pegawai British telah menubuhkan dua (2) unit Jungle skuad. Satu unit di anggotai (9) anggota. Beliau juga mempunyai pengalaman bertempur dengan lebih kurang (30) gerila komunis di kawasan Air Hitam satu tempat nama Tasio Estet. Dalam pertempuran yang berlangsung hampir satu jam setengah, gerila komunis dapat juga ditewaskan apabila  askar Ghurka tiba memberi bantuan.. Kejayaan dalam pertempuran tersebut membolehkan beliau dan rakan-rakan  menerima reward RM 25 setiap seorang diatas kejayaan menentang pasukan gerila komunis yang jauh lebih besar bilangannya.

            Memulakan cerita tragedi yang berlaku di Jalan Kar For, Rompin Negeri Sembilan “Hari itu saya sedang memasak nasi di berek untuk makan tengah hari, kemudian seorang rakan beritahu siap segera ada tugasan untuk  mengiringi bantuan makanan ke Ladang Geddes, kemudian  salah seorang rakan menawarkan diri untuk mengambil alih tempat saya memandangkan tugas eskot tersebut dijangka tidak lama” dan menyuruh saya terus memasak. Waktu itu tiada apa-apa perlu dirisaukanmemandangkan ia merupakan tugas yang biasa  dilaksanakan walaupun kedengaran desas desus berita banyak lapuran diterima Ladang Geddes semakin kerap diganggu oleh gerila komunis, tetapi berdasarkan pengalaman tugas yang telah sering dilakukan ia dianggap seperti tugas sebagaimana hari-hari yang lain.
‘Bagaimanapun pada hari itu, sehingga jam hampir 3 petang, pasukan eskot tidak pulang lagi, tidak lama kemudiannya berita disampaikan oleh rakan bahawa pasukan yang mengiringi bantuan makanan ke Ladang Geddes diserang hendap sewaktu balik dan semua anggota polisnya dikatakan terbunuh.


              Jenis kenderaan yang dinaiki wira-wira yang terkorban dalam serangan


           Lawatan Tempat Kejadian Di Ladang Kok Foh, Rompin, Negeri Sembilan

“ Saya dan beberapa rakan pergi ke tempat kejadian, api masih marak membakar kereta eskot, bahang panas begitu kuat memandangkan kenderaan tersebut diperbuat dari besi sepenuhnya. Setelah hampir 20 minit ,api padan tindakan menyiram air diambil terhadap kenderaan tersebut. “Saya benar-benar hiba melihat rakan-rakan hampir hangus dalam kenderaan tersebut termasuk “Incharge” eskot nama  Koperal Zakaria. Mungkin Tuhan panjangkan umur saya, yang sepatutnya sama terbunuh tetapi digantikan oleh orang lain. Kesemua jenazah kemudiannya di bawa balik ke Balai Bahau, dan hari ini tragedi itu masih terpahat baik dalam ingatan. Kini tempat kejadian yang jaraknya (10) Kilometer dari Balai Polis Rompin, Negeri Sembilan hanya merupakan jalan tanah merah dan laluan  ke Ladang Gedes  telah ditutup. Ladang Gedes semasa tahun 50an dahulu mempunyai jumlah penduduk hampir 15,000 orang juga mempunyai kemudahan hospital dengan 100 katil pesakit dan terdapat beberapa buah kilang getah yang besar termasuk kilang Dunlop. Hari ini Jumlah penduduk Ladang Geddes berjumlah lebih kurang 3000 orang sahaja dan hospital dan kilang telah tiada hanya merupakan bangunan tinggal sementara kediaman Ketua Pegawai Perubatan hospital tersebut kini merupakan rumah Ketua Kampung Ladang Geddes Encik Liong 63 tahun ... Bersambung siri 2 @ layari you tube, https://www.youtube.com/channel/UC3JqY052rDAGvR09VlFdENQ?feature=mhee


[1] Pemberontakan Bersenjata Komunis Di Malaysia- Mohd Reduan Haji Asli-DBP   1993
[2] The Malayan Emergency:The Commonwelth Wars.Jackson,Robert
[3] The Malayan Emergency Revisited 1948-1960 by Lt Col Azzam Mohd Hanif Ghows

6 comments:

  1. salah seorang yang terkorban adalah datuk saya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kes yang mana ye Koh For, Tragedi Air Kuning Selatan, Sg Kelamah atau mana ??

      Delete
    2. Atuk saya yahya omar yg terselamat dlm serang hendap...

      Delete
    3. Atuk saya yahya omar yg terselamat dlm serang hendap...

      Delete
    4. Atuk Saya seorang anggota polis. aklu x silap saya berpangkat Sarjan di balai polis mersing rasanya.Nama dia Abd Manan. tak dapat nak tau mati dimana.
      Gambar beliau masih ada di kampung. ada ke sapa2 yg tau?

      Delete
  2. Tkasih tuan....
    Saya pun tengah cari info2 bab sejarah....
    Mohon saya kongsi maklumat utk ke lokasi kejadian

    ReplyDelete