Kebelakangan
ini kebangkitan semula Gerakan yang di pelapori oleh Parti Komunis Malaya (PKM)
telah mula diperkatakan. Walaupun tidak secara meluas, namun hakikatnya melalui
bahan penulisan, laman-laman blog dan ruang sembang cyber jelas membuktikan
golongan berhaluan kiri ini mula mencari dan menagih sokongan dari mereka yang kurang mengetahui sejarah
silam mengapakah pertubuhan ini diharamkan pembentukannya dan apakah sumbangan
terbesar mereka dalam memporakperandakan
keamanan dan ketenteraman Negara tercinta ini. Berimejkan contohnya Sekolah Revolusi Malaya, mereka tanpa
berselindung telah membuka lembaran sejarah silam atas dasar
untuk memperjelaskan Perjuangan Revolusi 48 sebagai apa yang dikatakan
pembongkaran sejarah tersembunyi Revolusi Malaya 1948-1957. Kesinambungan
daripada itu pelbagai karya telah diterbitkan
dalam usaha memupuk minat golongan muda hari ini merenung sejenak
perjuangan revolusi mereka yang kononnya
perjuangan itu perlu dihargai dan
sesetengah para pejuang mereka layak
dianggap wira di Negara ini.
Di
antara karya penulisan mereka ketika ini
mudah ditemui pasaran antaranya:-
1. Memori
Ibrahim Cik dari Api ke Rejimen ke 10
2. Gerakan
Kiri Melayu Dalam Perjuangan kemerdekaan
3. Memoir
Samsiah Fakeh dari AWAS ke Rejimen ke 10
4. Memoir
Abdullah CD Zaman Pergerakan sehingga 1948
5. Abu
Samah Mohd Kassim Pejuangan Kiri Kemerdekaan Zuriat Dato Bahaman
6. The
Memoir of Rashid Maidin
7. Rejimen
ke 10 dan Kemerdekaan Negara.
Pelbagai catatan yang dibukukan dengan kisah semangat
perjuangan mereka dalam penentangan penjajah. Golongan ini dengan rasa
bangganya mengambarkan perjuangan massa itu adalah suatu perjuangan yang amat
murni dalam mengerakkan kemerdekaan Negara. Tanpa segan silu mereka mengajak
golongan generasi hari ini menghayati bahawa jika tidak kerana perjuangan
mereka, Malaysia hari ini belum tentu layak untuk mengisi kemerdekaan dengan
jayanya. Tuduhan pihak kerajaan memutar
belit sejarah dan menidakkan sumbangan golongan ini dalam kemerdekaan Negara menjadi tema utama
penulisan terutamanya dalam laman-laman blog mereka. Lebih menjengkelkan lagi golongan ini telah
menonjolkan beberapa perwira mereka misalnya di kalangan orang melayu dikenali sebagai
perwira Rejimen ke 10 Parti Komunis Malaya adalah juga pejuang bangsa dalam menuntut
kemerdekaan. Penulisan di ruangan cyber sebagai
contoh oleh wasiat pejuang dengan angkuhnya menyatakan pengorbanan mereka yang berjuang dan
terkorban dalam penentangan pengganas komunis adalah tentera penjajah yang tidak boleh lari
dari kematian kerana membelot atau menjadi tali barut kerajaan. Mereka juga
dengan banggakan menjenamakan beberapa
tokoh pejuang aliran kiri yang dikaitkan dengan lulusan agama perlu sebagai wira misalnya tokoh yang berjuang yang memimpin pasukan Melayu di Johor dan
Melaka dalam menjalankan gerakan survesif sewaktu darurat.
Sebagai
anak watan yang bersyukur hidup aman di
bumi bertuah ini, perjuangan yang digembar-gemburkan oleh golongan redikal ini tidak
lebih menjadi sebagai suatu pengajaran bahawa keterpesongan mereka dalam memperjuangan hak dan kebebasan
sebenarnya tidak patut jadi ikutan pada generasi muda hari ini. Mereka yang menganggap diri mereka juga wira
dalam perjuangan tahun 1948 itu tidak lebih hanya menambahkan kisah sedih yang
suram dan penuh dengan tragedi kemanusiaan. Tanpa rasa kesal dan simpati
misalnya dalam tulisan wasiat pejuang, mereka begitu bangga menceritakan bahawa
Tragedi Bukit Kepong itu adalah fitnah pemerintah terhadap perjuangan mereka
biarpun pusara bersemadinya (24) arwah yang terkorban itu adalah bukti tindakan zalim dan sadis yang mereka
lakukan. Mereka sedikit pun tidak kesal dengan gerombolan hampir (200) orang
begitu angkuh menyerang habis-habisan cuma terhadap (14) orang anggota pasokan keselamatan.
Tindakan membakar hangus bukan sahaja bangunan malah tubuh anak dan isteri yang tidak berdosa itu seolah-olah satu
kepuasan kononya itulah pengajaran terbaik bagi yang sesiapa yang menentang mereka
sebagaimana yang diceritakan dalam Memoir
Abdullah C.D., Penaja dan Pemimpin Rejimen Ke-10. terbitan SIRD,2007.
Malah pada hari ini mereka juga merasa begitu bangga menceritakan kepada
generasi muda bahawa serangan pada tanggal
23 Febuari 1950 yang diketuai
oleh Goh Peng Tun dari Rajimen ke 4 PKM Malaya dibantu oleh Rajimen ke10 anak
melayu adalah perjuangan menentang penjajah.
Perjuangan yang sememangnya menyimpang dari
nilai-nilai kemanusiaan itu kini mula
bertapak kembali di Negara kita kononnya atas dasar kebebasan. Gerakan
ini dilihat mula kembali meresap masuk ke dalam persatuan atau pertubuhan NGO mahupun yang berlatarbelakangkan
politik. Namun sebenarnya tidak jauh
bezanya dari tektik dan teknik mereka
untuk memgembangkan konsep dan ideologi mereka malah dan apa yang ditakuti jika gerakan sebegini
berjaya menguasai minda dan pemikiran mereka yang terlalu taksubkan perubahan
dan akhirnya kita juga akan menempa sejarah silam yang suram. Apakah kita bersedia
menerima hakikat itu sedangkan untuk menempa kejayaan dan kemajuan yang kita
perolehi pada hari ini kita mengambil masa lebih 50 tahun namun untuk
meruntuhkan hanya memerlukan masa yang singkat..
Mengimbau
kembali zaman kebangkitan perjuangan
massa ini, hanya mereka yang terlupa sejarah sahaja akan mengakui perjuangan
itu kononnya mempunyai-nilai nilai murni dalam menuntut kebebasan. Saya bukan
sengaja mengadakan hujah atau pendapat namun mengungkit perkembangan sejarah
dalam pembentukan Negara tercinta ini, gerakan yang menganggap mereka adalah pejuang sebenarnya tidak
teragak-agak sehingga sanggup membunuh anak bangsa sendiri yang mereka gelar sebagai pembelot
atau tentera penjajah. Apakah dengan
memusnahkan infrastruktur yang asas kepada pembangunan seperti mensabotaj lebuhraya Timur barat atau
dengan sengaja membakar kilang atau
melakukan gerak gempur menggugat ekonomi Negara yang ketika itu merupakan
perjuangan yang adil dalam menegakkan
sebuah bangsa? Apakah gerakan yang menyusup masuk di dalam kesatuan sekerja dengan melancarkan mogok itu jalan terbaik
memaksa pemerintah supaya tunduk dengan
tuntutan mereka, sedangkan dalam masa yang sama budaya dan tatasusila
masyarakat di negara ini khususnya orang-orang melayu bukan bersifat sedemikian
rupa
Sememangnya
kita takkan lupa catatan sejarah silam
yang terlalu banyak memaparkan kisah dan perjuangan yang amat perit untuk diingati. Bukanlah niat di
hati untuk mengungkit tentang peristiwa
silam, tetapi sejarah itu adalah fakta yang perlu diingati agar di masa depan
kita tidak berbuat kesilapan yang serupa. Luka yang berdarah itu masih belum
sembuh sepenuhnya kerana generasi kedua dan ketiga tidak akan lupa kisah datuk,
ayah, abang, adik, bapa saudara yang
telah terbunuh yang sebahagian besarnya
menjadi wira yang tidak didendang pada
hari ini..
Walaupun
atas nama perjuangan apapun, kita menerimanya secara rasional, namun demikian
jika perinsip itu dicemari dengan sikap ganas dan tidak berperikemanusiaan, ia
bukanlah jalan terbaik untuk dijadikan sebagai ikutan. Apakah dendam kesumat
itu perlu dilunaskan sedemikan rupa. Jikalau ditembak mati sekalipun perlukan
mangsa itu dibakar dan dihina sekejam rupa kerana ini sebenarnya dengan jelas
menunjukkan sikap keterlampauan yang penuh dengan kebencian. Tidak adakah
sekelumit rasa simpati mahupun kasih di dalam hati-hati mereka dan jika inilah
sikap yang tertanam dihati sanubari mereka wajarkah mereka ini diterima sebagai
wira Negara.
Jika
mereka begitu berbangga dengan sejarah perjuangan 1948-1957 yang kononnya
menceritakan pahit maung perjuangan mereka
dalam membebaskan negara ini, saya juga ingin mengajak pembaca mengimbau
kembali catatan sejarah silam untuk di kongsi bersama tentang pengorbanan
pasokan keselamatan bagi tempoh yang sama dalam usaha mengekalkan keamanan dan
ketenteraman Negara. Jika mengambil kira individu sama ada orang awam, pasokan
keselamatan, individu yang membantu pasokan keselamatan pastinya jumlahnya
mencecah hampir puluhan ribu. Namun di kalangan anggota pasokan keselamatan
khususnya Pasokan Polis, tempoh hampir (10)
tahun itu juga telah mencatatkan banyak
kenangan silam yang harus diingati oleh generasi muda untuk dijadikan
pengajaran agar keamanan yang kita kecapi pada hari ini mestilah dikekalkan.
Gerakan
Komunis yang tersebar luas di Tanah Melayu pada ketika itu lebih banyak dilihat
menggunakan teknik serang hendap. Di
Johor selain peristiwa serangan Balai Polis Bukit Kepong , serang hendap juga
dilakukan antaranya pada 15/10/1950 di Chan Weng Estet, Bekok, Labis Johor yang
mengorbankan (8) orang anggota polis yang terdiri dari (1) Koperal, (5) Polis
Constabel (PC) dan (2) Special Constabel (SC) yang dalam perjalanan mengiringi
wang gaji pekerja. Kemudiannya pada 22/12/1950 di Sisik Mines, Kota Tinggi
Johor (5) Special Constabel terkorban juga dalam satu serang hendap. Sejarah
juga mencacatkan pada 11/3/1951 di PWD
Quarry, Mersing, Johor (8) anggota terdiri dari (1) Police Constabel (PC) dan (7)
Special Constable (SC) telah terkorban juga dalam satu serang hendap. Kemudiannya
pada 23/7/1952 di Paloh Estet, Keluang, Johor
(5) anggota Special Constabel (SC) telah terkorban, dan pada 27/12/1952
di Sungai Bekok Estet, Labis, Johor
(6) anggota Special Constabel
(SC) terkorban juga dalam satu serang hendap semuanya dipercayai dilakukan oleh
Rejimen ke4, Parti Komunis Malaya
Di Perak juga ramai yang terkorban dalam
serang hendap yang dilakukan. Pasti ada antara rakyat perak yang masih
mengingati antaranya pada tanggal 12/12/1950 seramai (8) anggota keselamatan terdiri daripada (7) Special Constabel (SC) dan (1) Polis
Bantuan (AP) yang bertugas mengikut
pihak ukur tanah telah terkorban dalam satu serang hendap di kawasan Harbourough Estate, Sungkai. Selainnya pada 14/10/1950 seramai (5) anggota Special Konstabel (SC) terkorban dalam satu serang hendap di Loh Pak
Long, Air Kuning. Pada 5/1/1951 (5) anggota
Special constable (SC) terkorban dalam satu serang hendap di Bikam Estet,Perak,
Selain irtu pada 14/11/1951 seramai (9) anggota terdiri (1) Police Constabel (PC) (8) Special Constabel (SC) terkorban juga dalam
satu serang hendap di Kampar. Seterusnya pada 10/01/1952 seramai (9) anggota
terdiri (1) Sarjan, (2) Police Constabel (PC), (1) Extra Police Constable (EPC)
dan (5) anggota Special Constabel (SC) terkorban dalam satu serang hendap di
batu 31 ½ Jln Degong. Pada 2/6/1952 seramai (8) anggota terdiri (1) Police Constabel (PC) dan (7) Special
Constabel (SC) terkorban dalam satu serang hendap batu 3 1/3 Keramat Pulai
Tin Mines. Pada 18/08/1952 seramai (8) anggota
terdiri daripada (1) Insp .Hons dan (7)
Special Constabel (SC) terkorban di Reverview Estet dan pada 15/12/1955 seramai (8) anggota Special
Constabel (SC) terkorban dalam satu serang hendap di Kawasan Langkap.
Catatan sejarah ini juga tidak
ketinggalan berlaku di Negeri Sembilan antaranya rakyat jelebu tentunya ada
yang masih mampu mengingati akan peristiwa
yang berlaku pada 12/12/1940 di Bukit Tangga, Jelebu, Negeri Sembilan seramai (15) anggota terdiri (2) Pegawai
Eropah (6) Police Constabel (PC) dan (7) recruit terkorban dalam satu serang
hendap dipercayai dilakukan oleh Rejimen ke2 PKM, seterusnya pada 23/11/1950 di Ladang Gaddes, Bahau, (5) anggota terdiri (2) Police Constabel (PC) (1) EPC dan
(2) Special Constabel (SC) juga terkorban dalam satu serang hendap dan di Air Kuning Selatan Gemas dan pada 12/8/1952 seramai (8) anggota terdiri (1)
Inspektor percubaan (PI) (1) Lans Koperal, (1)Police Constabel (PC), (1) Recruit
dan (4) Special Constabel (SC) telah terkorban.
Di Melaka juga telah mencatatkan sejarah
serang hendap PKM di mana pada 18/8/1951
seramai (6) anggota terdiri (1) Koperal, (1) Lans Koperal dan (4) Special
Constabel (SC) telah terkorban dalam satu serang hendap di kawasan Air keroh. Di Kajang, Selangor pada 28/6/1951 (6) anggota
Special Constabel (SC) telah terkorban juga dalam satu serang hendap dipercayai
oleh 1 Rejimen PKM, kemudiannya di Pulau Pinang iaitu di Sungai Bakap pada
22/1/1950 (9) anggota dari pasokan Jungle Squad yang terdiri daripada (1) Sgt.
(6) Recruit (1) Extra Police Constabel (EPC) dan (1) Special Constabel telah
terkorban.
Di Negeri Kedah, peristiwa terkorbannya
anggota keselamatan dalam jumlah yang ramai juga berlaku antaranya kejadian
di Gurun, Kedah yang mengakibatkan (8) anggota terkorban
terdiri daripada (2) Sarjan, (1) Koperal dan (5) F.P.C, kemudiannya pada
19/10/1951 peristiwa yang berlaku di Titi Akar, Pendang, dimana (4) Police Constabel (PC) telah
terkorban. Di Kelantan juga tercatat pada
3-4/4/1952 kejadian yang berlaku di Kuala Kerai, Kelantan di mana
(1) Insp. dan (5) Police Constabel (PC) telah terkorban seterusnya pada
19/3/1955 (4) anggota Special constable (SC) telah terkorban dalam satu serang
hendap juga di kawasan Kuala Kerai, Kelantan.
Jika mengambil kira kegiatan mereka yang
berterusan sehingga 1989 sudah tentunya lebih banyak peristiwa yang telah
direkodkan. Namun cukuplah jika mereka menyifatkan gerakan 1948-1957 kisah dan
catatan ini juga mengambil kira persoalan yang serupa.
Mereka
adalah antara ribuan yang terkorban di samping anggota pasokan keselamatan yang
lain serta rakyat biasa. Mereka adalah antara
anak-anak muda yang bersedia berkorban jiwa atas semangat cintakan kedamaian. Namun
bagi golongan ini mereka terkorban itu sewajarnya terkorban kerana bersekutu
dengan penjajah. Benarkah mereka seorang pembelot. Mereka dikatakan membela
penjajah atau siapakah yang sebenarnya
menjadi menjadi pembelot. Sesungguhnya terbukti pada hari ini mereka inilah
yang telah membangkitkan semangat nasionalisme dan menjadi platform ke arah
Negara yang berdaulat. Biar putih tulang
namun untuk menyerah maruah jadi sandaran.
Jika pejuang yang kononnya mengelarkan
diri mereka misalnya dari rejiman ke10 berbangga tentang perjuangan mereka,
atas apakah rasa kebanggaan itu. Apakah mereka menyedari sebahagian besar yang
terbunuh itu bangsa mereka sendiri, apakah tidak mereka sedari terlalu banyak
hutang darah yang masih belum dibayar
dan sebenarnya luka perjuangan itu masih belum sembuh.
Catatan ini bukan sengaja untuk
mengungkit sejarah perjuangan silam, tetapi
dalam mengingati sesungguhnya keamanan itu adalah penting, kehidupan
yang harmoni itu tentunya bergrntung kepada sikap toleransi di antara kita,
maka sebarang pencetusan ketidakstabilan harus disekat agar tidak merebak. Sesungguhnya
perjuangan itu terlalu pahit untuk dikenang
Bagi mereka yang kononnya mengelarkan diri mereka pejuang, apakah perjuangan itu menjadi
kebanggaan bagi mereka, apakah tuntutan sebenar yang mereka mahukan, Mungkin
mereka berharap suatu pengiktirafan diberikan atas jasa-jasa yang mereka taburkan.
Dengan ruang yang pihak pemerintah bukakan seperti kemudahan berkarya,
keterbukkaan sembang bicara di dunia
cyber, seharusnya kesempatan ini digunakan untuk bersama-sama ke arah mengujudkan
kesejahteraan dan keamanan Negara. Jika benar dahagakan sebuah kemajuan,
kebebasan dan keadilan timbanglah pemikiran secara yang rasional, usah diresapi
pemikiran generasi muda dengan kebencian kerana ia tidak lebih akan membawa
kepada sebuah kemusnahan.
Sedarilah bahawa anasir-anasir luar
sentiasa mengintai peluang yang ada agar
imej Negara tercalar. Sebarang
ketidaktentuan atau ketidakstabilan politik yang berlaku pastinya akan
menjejaskan usaha-usaha ke arah perpaduan dan akhirnya kita pastinya kelewatan dalam
membina sebuah Negara bangsa yang berjaya.