Wednesday 29 August 2018

PENGLIBATAN PDRM DALAM MISI KEAMANAN BANGSA-BANGSA BERSATU – SIRI PERTAMA.


PENGLIBATAN PDRM DALAM MISI KEAMANAN BANGSA-BANGSA BERSATU – SIRI PERTAMA.

1.0              PENDAHULUAN

Cabaran melaksanakan perkhidmatan kepada masyarakat pada hari ini begitu kompleks.Kepelbagaian kehendak dan aspirasi masyarakat menambahkan lagi tekanan kepada PDRM agar dapat memikirkan hala tuju rasionalbagi memastikan expetasidan harapan mereka dapat dipenuhi. Dalam usaha memenuhi kehendak dan aspirasi ini, PDRM tidak dapat lari dari melaksanakan tanggungjawabnya bukan sahaja untuk kepuasan masyarakat setempat tetapi bersifat lebih global. Steakholder kini bukan sahaja merujuk kepada kehendak dan peraturan yang diperdasarkan oleh kerajaan tetapi juga melihat kepada persepktif yang lebih luas. Persidangan, sisi percambahan minda dan idea sudah pastinya tidak cukup dan hanyalah menjadi pra syarat kearah melahirkan sistem penyampaian perkhidmatan yang berkesan tetapi mempunyai sekumpulan professional yang mempunyai kepakaran yang digabungkan dengan pengalaman merupakan suatu aset modal insan utama dalam usaha memastikan hasrat kepimpinan dapat dilaksanakan sebagaimana yang direncanakan.

Di dalam perutusan Ketua Polis Negara sempena Peringatan Hari Polis ke208antara yang disentuh dan menjadi keutamaan fokus tahun 2017 adalah mempertingkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan PDRM kepada pelanggan danstakeholedrs kearah kepolisian moden bagi mencapai World Class Policing menjelang tahun 2020. Ia dilihat satu cabaran besar yang mesti difahami oleh setiap pegawai dan anggota serta mempunyai iltizam yang kuat, kerjasama yang padu bagi menzahirkan warga PDRM yang dapat berkhidmat secara professional. Setiap pegawai dan anggota harus berpengetahuan dan kemahiran yang tinggi mencakupi bidang tugas masing-masingserta memahami tugas dan tanggungjawab mereka. Ini bermakna selain memiliki kompentensi mereka juga mempunyai pengetahuan dan kepakaran tugas yang sebahagian besarnya diperolehi melalui pengalaman. Salah satu mekanisma dalam usaha untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman dikalangan pegawai dan anggota khususnya di peringkat internasional adalah memberi peluang kepada mereka menyertai misi keamanan yang di pelopori oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Misi keamanan antarabangsa merupakan satu platform yang penting dalam usaha memberikan terjemahan khususnya diperingkat lapangan kearah pengetahuan dan pengalaman dunia kepolisian sejagat. Pertemuan pegawai dan anggota pasokan polis dari seluruh dunia inibukan sahaja berkongsi memainkan peranan demi kepentingan sejagat tetapi juga melaksana serta mengimplemtasi pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki selainberkongsi idea untuk suatu tempoh yang panjang. Ini bukan sahaja boleh ditakrikan sebagai kursus jangka panjang tetapi juga dilihat sebagai satu jaminan yang amat berharga jika dapat dimanfaatkan dan dikongsi bersama.

2.0       SEJARAH PENGLIBATAN PDRM DALAM MISI KEAMANAN BANGSA –BANGSA BERSATU.

Pasokan pengaman bangsa - bangsa bersatu mula digerakkan pada tahun 1948 melalui United Nations Truce Supervision Organization (UNTSO)  diikuti Military Observer Group in India and Pakistan(UNMOGIP) pada Januari 1949. Malayisa mula menghantar pasokan pengamannya pada tahun 1960 ketika menyertai misi pengaman di Congo, Afrika melalui United Nations Operation in Congo (ONUC). Sehingga ke hari ini sejumlah 71 misi keamanan telah digerakan Bangsa-bangsa Bersatu dengan penglibatan 162 negara. Sebahagian besar misi telah ditamatkan namun demikian sehingga April 2017 sejumlah 16 misi keamanan sedang beroperasi termasuklah misi awal pada 1948 (UNTSO) dan (UNMOGIP) 1949 yang sehingga kini masih diteruskan.

Catatan merekodkan PDRM mula menghantar pegawai dan anggotanya menyertai misipada 13 Ogos 1991  dimana seramai 14 pegawai dan anggota dihantar menyertai misi pengaman di Angola[i]dan statistik yang diperolehi dari rekod United Nations pada Disember 1992 dengan seramai 12 orang pegawai dan anggota juga telah dihantar menyertai misi di Angola (UNIVEN II) dan 150 orang menyertai misi di Cambodia (UNTAC)[ii]. Berdasarkan rekod United Nations, pada Jun 2011 PDRM juga menghantar untuk pertama kalinya pegawai dan (4) anggota wanita menyertai misi di Timor Leste (UNMIT). Sementara jumlah penyertaan PDRM paling ramai direkodkan pada awal tahun 2012 dalam Misi di Timor Laste (UNMIT) PDRM telah menghantar 107 personel lelaki, 24 personal wanita dan 140 pegawai dan anggota yang bertugas sebagai Formed Polis Unit (FPU).

Sehingga 30Julai 2017 sejumlah 4111 pegawai dan anggota[iii] telah dihantar bagi
menyertai pelbagi misi pengaman di seluruh dunia. Bagaimanapun dari jumlah tersebut hanya seramai 878 orang pegawai dan anggota PDRM[iv] yang menyertai misi secara individu atau group kecil selebihnya penghantaran dibuat pada skala yang lebih besar iaitu melalui Format Polis Unit (FPU) yang digerakkan melalui Pasokan Gerakan Am (PGA). Sehingga kini PDRM telah menghantar pegawai dan anggota menyertai (18) misi keamanan yang di seluruh dunia yang diterajui oleh keamanan Bangsa - Bangsa Bersatu. Secara terperinci  mengikut laporan Bangsa- Bangsa Bersatu, penglibatan PDRM dalam misi keamanan  adalah seperti berikut;--

1.      United Nations Angola Verification Mission II (UNAVEN II) 
2.      United Nations Angola Verification Mission III (UNAVEN III)
3.      United Nations Mission For The Referendum in Western Sahara(MINURSO)
4.      United Nations Protection Force (UNPROFOR)
5.      United Nations TransitionalAuthority in Cambodia (UNTAC)
6.      United Nations Advance Mission di Cambodia (UNAMIC)
7.      United Nations Operation Mission in Somalia 11 (UNOSOM II)
8.      United Nations Observer Mission in Angola (MONUA)
9.      United Nations Operation in Mozambique (ONUMOZ)
10.  United Nations Preventive Deployment Force (UNPREDEP)
11.  United Nations Mission in Bosnia and Herzegovina (UNMIBH)
12.  United Nations Mission in The Central Africa Republic (MINURCA)
13.  United Nations Interim Administration Mission in Kosovo (UNMIK)
14.  United Nations Observer Mission in Sierra Leone (UNAMSIL)
15.  United Nations Mission of Support in East Timor (UNMISET)
16.  United Nations IntegratedMission in Timor-Leste (UNMIT)
17.  United Nations Mission in the Republic of South Sudan (UNMISS)
18.  African Union United Nations Hybrid Operation in Darfur (UNAMID)[v].

Pegawai dan anggota polis yang menyertai misi pengaman ini bukan sahaja memberi imej telah memberi sumbangan keamanan kepada dunia tetapi secara tidak langsung mereka adalah pegawai dan anggota PDRM yang telah menerima latihan berserta perkhidmatan bertaraf dunia kerana berada dilapangan misi sekurang-kurangnya setahun. Tempoh “berkursus” ini sebenarnya telah memberikan banyak pengetahuan dan pengalaman yang amat berharga. Keseriusan PDRM untuk terlibat dalam misi keamanan dunia telah mengalami transformasi yang significant seiring dengan keperluan semasa serta komitmen untuk lebih proaktif  dalam membantu bersama menangani konflik dunia yang terjadi sama ada di wilayah Asia, Balkan,  Afrika, Amerika Latin dan Timur Tengah. Sumbangan ini juga merupakan kesempatan bagi menonjolkan Bangsa Malaysia sebagai satu bangsa yang majmuk, berdaya saing dan sedia memainkan peranan bersama ke arah keamanan sejagat melalui penyertaan pegawai dan anggota yang berbagai bangsa di Negara ini..


3.0             CABARAN PENUGASAN PERANGKAT ANTARABANGSA
Walaupun ada asasnya mereka adalah kumpulan pegawai dan anggota yang telah
disiapseiaga untuk melaksanakan tugas di peringkat dunia namun cabaran lebih besar adalah memastikan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan oleh PDRM mampu digalas dengan cemerlang. Menyertai Misi Pengaman Bangsa-Bangsa Bersatu adalah satu tugasan yang besar bukan sahaja ketahanan dari aspek mental dan fisikal tetapi juga mempunyai kebertanggunjawaban dalam mempamirkan mutu perkhidmatan yang cemerlang. Selama setahun, pegawai dan anggota yang terlibat sebenarnya telah menimba banyak ilmu dan pengetahuan di dalam persekitaran kerja yang bersifat diversity. Nilai teras United Nation atau core value adalah Profesionalisme, Integrity and Respect of Diversity. Nilai ini merupakan tunjung utama yang mesti difahami sebaik mungkin serta diimplementasi sewaktu bertugas. Sebagai anggota pengaman bangsa-bangsa bersatu yang juga dikenali United Nation Police (UNPOL), persekitaran kerja yang tidak kondusif bukanlah penghalang kepada tugas yang dilaksanakan.  Setiap pegawai dan anggota mesti mempunyai daya kreativiti yang tinggi bagi tujuan menghadapi semua masalah yang tidak dijangka. Misi yang dilaksanakan misalnya di benua Afrika, Amarika Latin dan Wilayah Balkan memerlukan sikap profesionalisme yang amat-amat tinggi kerana ia bukan sahaja berhadapan dengan masalah bahasa tetapi juga kepelbagaian sosio budaya yang mesti dihormati dan menjadi pegangan tatasusila kehidupan disepanjang tempoh penugasan.   Bendera Malaysia dan lambang PDRM yang tersemat di lengan kiri meminta kesiapsiagaan dalam diri setiap pegawai dan anggota yang terlibat agar senantiasa menjaga maruah dan nama baik Negara dan pasukan. Bertugas di tengah-tengah kawasan konflik, menyatu bersama persekitaran yang serba berkurangan serta masyarakat yang terlalu mengharapkan keamanan, melihat dan merasai sendiri dengan lebih dekat penderitaan serta kekejaman yang berlaku sudah tentunya akan berlaku pertentangan atau konflik diri jika dibandingkan dengan apa yang mereka lakukan di negera sendiri. Peraturan dan arahan yang dibentuk mengikut standard internasional yang mementingkan profesionalisme semuanya harus difahami sebaik mungkin kerana disini bukannya masa untuk mempelajari sesuatu tetapi tetapi mengimplemantasikan segala pengalaman dan pengetahuan yang ada seiring dengan mandat yang dilaksanakan. Bergabung dengan pegawai dan anggota polis diseluruh dunia adalah bertujuan untuk memastikan matlamat misi yang dibentuk tercapai. Bagi memastikan ia dapat direalisasikan, mereka yang terlibat mesti bersedia  meninggalkan segala keselesaan yang dimiliki semasa berada di negara sendiri. Tanggungjawab terhadap keluarga dan segalanya akan terhenti seketika sepanjang tempoh penugasan misi. Pengetahuan bukan sahaja dalam soal tugas yang dilakukan tetapi meliputi segenap aspek termasok kebolehan dalam menyesuaikan  diri dengan persekitaran yang ada, mengelakkan dari terkena sebarang jangkitan penyakit yang sedang berleluasa termasoklah misalnya pemakanan yang seimbang agar cabaran yang menanti dapat diatasi. Kemajuan telekomunikasi yang ada juga mesti dimanfaatkan sebaik mungkin bagi memastikan setuasi kehidupan yang begitu asing tidak menjadi penghalang terhadap tugas yang dilaksanakan. Semua bentuk kemahiran asas harian seperti memasak, mencuci dan menjahit pakaian, kebersihan kediaman merupakan kebolehan kendiri yang mesti dimiliki kerana semuanya akan dilakukan sendiri disepanjang tempoh penugasan. Walaupun hidup berjiran dengan mereka yang berlainan bangsa, agama dan budaya, Bangsa Malaysia yang penuh dengan sifat kesantunan, tolong menolong, peramah dan mudah mesra sudah tentunya akan dipandang tinggi serta disenangi.

Selama setahun pendedahan diri kepada budaya persekitaran kerja yang begitu mencabar sudah tentunya memberikan pengalaman yang amat berguna dalam pembentukan jati diri. Sepanjang tempoh penugasan sudah tentunya memberikan peluang kepada semua pegawai dan anggota mempelajari banyak pengetahuan dari pelbagai aspek. Penulis bersyukur mendapat pengalaman bertugas di dua misi yang berbeza iaitu misi pengaman bangsa-bangsa bersatu di Timur Laste (UNMIT) dan kini di Darfur (UNAMID). Penulis sememangnya mempunyai azam untuk mencatatkan  tentang pengalaman semasa bertugas dibawah misi bangsa-bangsa bersatu kerana penulis dapati tidak banyak catatan diperolehi malah di website juga terlalu sedikit informasi yang menceritakan tentang pekara ini. Penugasan semasa penyertaan misi di Timur Laste (UNMIT) sudah tentunya belum cukup untuk memberikan satu gambaran yang luas tentang penugasan dibawah Panji bangsa-bangsa bersatu ini. Bagaimanapun misi pengaman kedua yang penulis sertai  di Darfur (UNAMID) telah memberikan satu gambaran yang lebih jelas tentang bentuk penugasan dibawah kelolaan Bangsa Bangsa Bersatu ini. Misi ini adalah gabungan diantara Bangsa-Bangsa Bersatu dan Kesatuan Afrika ini sememangnya menuntut kemahiran dan kecekapan yang tinggi dalam perlaksanaannya. UNAMID merupakan gambaran konflik yang jelas, sedang berlaku dan konflik kemanusiaan di sini adalah untuk menguji sejauh manakah program dan idea-idea yang dilaksanakan bukan sahaja mampu untuk melindungi masyarakat setempat tetapi juga mengerakkan komuniti-komuniti yang dibentuk agar bersedia berkerjasama dengan pertubuhan dunia serta meyakinkan mereka bahawa badan keselamatan yang dihantar sedia untuk melaksanakan tugas mereka dengan cemerlang.

4.0      TERKORBAN SEMASA PENYERTAAN  MISI  PENGAMAN

Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Bangsa-Bangsa Bersatu dari tahun 1948 sehingga 01 April 2017 daripada 71 misi yang dilaksanakan jumlah yang terkorban  di kalangan pasokan keselamatan adalah seramai 3558 orang. Daripada jumlah tersebut sejumlah  30 orang merupakan pegawai dan anggota pasokan keselamatan dari kontinjen Malaysia (MALCOM). Rekod yang diperolehi juga mencatatkan jumlah korban paling ramai dalam satu-satu penyertaan misi yang dihantar oleh Malaysia adalah seramai (6) orang  semasa misi dijalankan di Congo,  Afrika (ONUC ), (5) orang terkorban semasa penyertaan misi di Somalia, Afrika (UNISOM), (3) orang terkorban di Liberia. Afrika (UNFIL) (5) orang terkorban semasa misi di Bosnia Herzagovena (UNMIBH) dan UNPROFOR, (2) orang terkorban semasa menyertai misi di Timor Laste (UNMISET dan UNMIT) sementara (7) misi yang lain mencatatkan jumlah (1) korban. Daripada jumlah tersebut (6) orang pegawai dan anggota PDRM yang terkorban semasa menyertai misi orang iaitu (2) Pegawai semasa menyertai misi di Bosnia Herzagonina (UNMBH) (1) pegawai dan (1) anggota semasa menyertai  misi di Timor laste (UNMIT dan UNMISET) (1) Anggota terkorban semasa menyertai misi keamanan di Kosovo (UNMIK) dan (1) anggota anggota polis terkorban semasa menyertai misi di Darfur, Sudan (UNAMID). Senarai yang terkorban adalah seperti berikut:-
1.                DSP G 5012 Abdul Malik bin Mohamad
2.                Cif.Inspektor  G 8480 Ahmad Kamal bin Saip
3.                Insp I/19182 Benet a/l  Pawun[vi]
4.                Sarjan RF 59556 Kanagarethiam Paul Mallaiappen
5.                D/KPL 108654 Johari bin Abdullah @ Johny a/k Mondol
6.                D/koperal 116266 Aminuddin bin Majid[vii]

Mereka adalah lambang keberanian kepada pegawai dan anggota PDRM yang
bersedia berkorban demi keamanan sejagat. Terdapat juga beberapa insiden yang dilaporkan berkaitan  serang hendap serta cubaan menculik dilakukan oleh pihak pemberontak terhadap anggota misi keamanan dari Malaysia antaranya serang hendap yang berlaku terhadap DSP Saufi bin Saad semasa menyertai misi pengaman di Darfur (UNAMID) yang melibatkan kematian (2) rakannya di Zam-Zam utara Darfur, yang lain, serangan dan pertelingkahan antara puak sehingga mengakibatkan pencerobohan terhadap markas bangsa-bangsa bersatu di Sudan Selatan sehinggan mengorbankan (2) anggota misi pengaman dari India. Namun sikap dan komitmen terhadap tugas yang  dilaksanakan  tidak melunturkan semangat pegawai dan anggota PDRM yang sentiasa siap sedia untuk menghadapi segala kemungkinan dan dan menabur bakti bersama-sama pasokan pengaman seluruh dunia  dalam misi keamanan sejagat.


5.0            PENDEKATAN PROGRAM KOMUNITI POLICING
    Komuniti Policing bukanlah satu pendekatan baru dalam PDRM. Konsepnya yang telah diperkenalkan malah menjadi salah satu teras Plan Strategik 5 tahun PDRM mulai 2007 hingga 2011 merupakan antara pemacu utama dalam usaha mencapai kelastarian keselamatan secara maksimum melalui penglibatan masyarakat dan individu secara  sukarela bersama-sama memikul tanggungjawab khususnya dalam pencegahan jenayah malah menjadi alternatif terbaik sebagai mata dan telinga polis  dalam penyaluran maklumat. Sir Robert Peel (1829) menegaskan pencegahan jenayah akan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan melalui community orented.  Bersesuaian dengan pengalaman yang dimiliki, berdepan dengan setuasi keselamatan yang tidak menentu, Bangsa-Bangsa Bersatu juga telah mensasarkan program ini dalam usaha mendekatkan lagi masyarakat setempat dengan pasokan pengaman.
Di UNAMID misalnya terdapat (3) program utama komuniti policing diketengahkan iaitu Community Policing Volenteer (CPV), Community Sefty Community (CSC) dan Quick Impac Project (QIP). Ketiga-tiga  program ini diperkenalkan dalam usaha mengeratkan lagi keyakinan masyarakat terhadap pertugas polis keamanan sedunia. Bangsa-Bangsa Bersatu mememangnya menyedari hubungan yang baik dengan masyarakat amatlah diperlukan kerana ketika ini konflik yang berlaku telah mengikis rasa hormat masyarakat kepada pihak berkuasa tempatan.  Walaupun konflik yang berlaku misalnya pertelingkahan antara puak telah berjaya diatasi namun kejadian jenayah seperti pembunuhan, pencolekan, dan rompakan masih berleluasa.  Keadaan ini sudah tentunya memerlukan pendekatan yang lebih mesra misalnya dalam usaha mengajak masyarakat setempat dalam menyalurkan sebarang kegiatan jenayah yang berlaku. Rasa percaya dan keyakinan  masyarakat setempat terhadap pihak berkuasa tempatan sangat-sangat kurang. Masyarakat lebih mempercayai pasokan pengaman Bangsa-Bangsa Bersatu yang secara terus menerus cuba menyakinkan mereka melalui mandat sedia ada. Sejumlah  (16) misi keamanan yang sedang berlangsung ketika ini, lebih 70% meletakkan mandat utama adalah perlindungan terhadap masyarakat atau  Protection of Civilian (POC).  Petugas di barisan hadapan ini diberi kefahaman yang mendalam bagi memastikan mandat utama dalam misi ini dapat diimplimantasikan.
Community Policing Volentier (CPV)  dilaksanakan melalui penugasan bersama diantara Pasokan Polis Bangsa-Bangsa Bersatu (CIVPOL) dan kumpulan CPV tempatan yang dilatih dari setiap zon yang telah ditetapkan. Kumpulan ini akan menjalankan rondaan, mengumpul maklumat dari masyarakat serta menjadi juru tunjuk  kawasan-kawasan aktif di mana rondaan perlu dilaksanakan.
Community Security Comitted (CSC) dilaksanakan dengan mengambil kira peranan penting Team Site Commander  atau  Ketua Polis Daerah atau Ketua Polis Balai. Pendekatan ini dilaksanakan melalui majlis musyawarah yang diadakan pada tiap-tiap minggu bersama ketua-ketua komuniti setempat, ketua puak dan ahli majlis tempatan dalam membincangkan permasalahan meliputi soal keselamatan, kesihatan dan bantuan kemanusiaan.
 Quick Impact Projects (QIPs) merupakan program bersekala kecil yang menfokuskan faedah kepada komuniti setempat. Sasarannya adalah bertujuan untuk mempertingkatkan keyakianan seterusnya sebagai sokongan kepada penglibatan penduduk setempat terhadap mesej dan kehendak Bangsa-Bangsa Bersatu. Program dilaksanakan dengan komitmen bersama organisasi dan komuniti setempat dengan kos pembiayaan program adalah sumbangan dari kalangan anggota polis antarabangsa ini (CIVPOL).  Bermula dengan mengenalpasti program yang hendak dilaksanakan, memilih golongan sasaran, seterusnya perlaksanaan program yang dipantau secara teliti. Sumbangan  yang lebih berbentuk tanggungjawab sosial dari anggota polis ini telahnan dan bantuan yang dimainkan oleh Pasokan pengaman Bangsa-Bangsa Bersatu ini.

6.0           HALA TUJU MISI DAN MENDEPANI PERUBAHAN
                Mengikut statistik rasmi yang dikeluarkan oleh pihak Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) dalam websitenya, jumlah pegawai dan anggota PDRM yang terlibat dalam penyertaan misi Bangsa-Bangsa Bersatu masih rendah bilangannya walaupun peluang ini sebenarnya merupakan salah satu lonjakan utama ke arah melahirkan pegawai dan anggota yang kompeten dan mampu bersaing di peringkat antarabangsa.  PDRM seharusnya diharap dapat terus memberi ruang dan pengiktirafan dengan menghantar lebih ramai lagi untuk menabur bakti di bawah panji Bangsa-Bangsa Bersatu. Pemilihan yang ketat dalam memastikan pegawai dan anggota yang benar-benar layak menyertai misi Bangsa-Bangsa Bersatu  tidak harus dipandang ringan. Malah sebilangan besar mereka yang  telah menyertai misi khususnya dari lain-lain negara menjadikan misi sebagai platform dalam mempertingkatkan kerjaya mereka. Pengalaman berada dalam misi, cabaran dan pendedahan yang diperolehi menjadikan mereka lebih kompiten dan professional dalam mengerakkan perkhidmatan yang cekap dan berintegriti. Kini sebilangan besar negara Negara luar mengorak langkah dengan menghantar  lebih ramai pegawai kanan mereka dalam usaha memberi pendedahan dan pengalaman yang lebih kompitatif. Pendedahan ini dilihat sangat penting bagi memastikan konsep-konsep kepolisian yang diterapkan di peringkat internasional itu membantu ke arah penyediaan perkhidmatan bertaraf dunia atau “World Class Police”.  Pengalaman selama setahun dengan persekitaran budaya kerja yang diterapkan, tahap kecekapan, akauntibiliti, komitmen serta tingkahlaku yang positif inilah seharusnya akan memberikan impak yang besar menghadapi beban tugas yang lebih mencabar.
               PDRM   diharap dapat memandang perkara ini dengan lebih serius memandangkan pengalaman bertugas diperingkat antarabangsa ini sudah tentunya amat diperlukan bagi memastikan profesionalisme dalam bidang kepolisian ini bukan sahaja diukur dari segi tahap pendidikan yang dimiliki tetapi semestinya mengambilkira pengalaman luar kerana negara-negara lain juga meletakkan faktor ini sebagai asas kompintesi ke arah mutu perkhidmatan yang cemerlang serta berdaya saing.

7.0          KEARAH WORLD CLASS POLICE
               Di era globalisasi ini PDRM tidak boleh mengelak dari menjadi perhatian umum malah akan terus diberi perhatian secara terbuka oleh masyarakat.Masyarakat akan lebih mudah memberi kritikan atau kecaman terhadap PDRM setiap kali berlakunya kontraversi melibatkan Pasokan Polis.Sebagai “pelanggan” kepada pasokan polis yang juga selaku sebuah organisasi awam, PDRM tidak boleh menghalang orang ramaidan badan badan bukan kerajaan (NGO) daripada mempersoalkan mereka. Dunia Kepolisian hari ini menuntut setiap wargakerjanya lebih professional dan berintegriti.  Kompintensi tidak sahaja dizahirkan melalui pengetahuan yang ada tetapi juga berdasarkan pengalaman yang dimiliki. Tidak hairanlah dalam usaha memantapkan sesebuah organisasi itu, keseimbangan idea dan kepakaran amat penting dalam perkhidmatan. Jenayah tanpa sempadan bukan sahaja memerlukan teknologi yang terkini untuk menanganinya tetapi juga memiliki modal insan yang berkeupayaan untuk mendepani permasalahan ini dengan cekap. Selain memiliki nilai-nilai jati diri yang tinggi, rasa kebertanggungjawaban terhadap tugas dan amanah yang dipikul hendaklah dapat diimbangi dengan pengalaman yang mendalam kerana pasokan bukan sahaja dinilai oleh masyarakat tetapi juga ahli organisasi yang sudah tentunya sebahagian darinya telah matang dan mempunyai banyak pengalaman serta sedia untuk berdaya saing di peringkat antarabangsa.
Dasar kepimpinan seharusnya melihat isu-isu dalaman yang berlaku di kalangan ahli organisasi pada persepktif yang lebih luas sekiranya mahu ahli organisasi terus dipupuk dengan nilai-nilai tinggi dalam semangat kepolisian.  Isu integriti misalnya bukan sahaja difahami dengan jelas tetapi juga diperhalusi dengan memperincikan kenapa dan mengapa isu ini masih berlaku. Setiap ahli organisasi yang terbentuk dengan sifat-sifat kepolisian, merasa yakin dunia kerjaya yang dipilih oleh mereka merupakan satu penghormatan  kepada diri, keluarga dan masyarakat tidak akan memilih jalan pintas untuk menjadikan kuasa sebagai tatacara budaya hidup tetapi bersedia untuk mempamirkan mutu perkhidmatan yang terbaik dengan disiplin yang tinggi secara jujur dan berkarismatik. Mereka merasa yakin dan percaya bahawa uniform yang dianugerahkan kepada mereka bukan untuk menghimpun kekayaan atau menindas masyarakat tetapi menzahirkan rasa kecintaan yang mendalam terhadap keamanan dan keharmonian yang menjadi paksi utama terhadap tugas dan khidmat  yang dilaksanakan.





[i] www.rmp.gov.my
[iii]www.utusan.com.my
[iv]https://en. Wikipedia.org./wiki/listof Country_
[v] www.UN.Org/peacekeeping/document/operation.pdf
[vi] www.theborneopost.com


















BIODATA PENULIS

MANSOR BIN OMAR
NEGERI SEMBILAN

PENGAMAMAN MENYERTAI MISI
TAHUN 2012 –MISI PENGAMAN BANGSA-BANGSA BERSATU DI TIMUR LASTE ( UNMIT)
TAHUN 2017- MISI PENGAMAN BANGSA-BANGSA BERSATU DI SUDAN (UNAMID)


1 comment:

  1. Assalamua'laikum, Tuan, untuk makluman, ada 1 kumpulan Kecil Anggota PDRM seramai 5 orang, pernah berkhidmat sebagai Police Trainer di bawah Misi PBB. di Somalia. 1993.

    ReplyDelete