Thursday 30 August 2018

SERANGAN PERTAMA KOMUNIS DI PAHANG.


MENYINGKAP SEJARAH SILAM IV
SERANGAN PERTAMA KOMUNIS DI PAHANG.
 

Oleh: ASP Mansor  Bin Omar
Negeri Sembilan.
BSC. Mgnt.USM



Sejarah penentangan gerila komunis pada di zaman darurat  sememangnya mencatatkan banyak tragedi yang tidak dapat dilupakan.Kisah dan perjuangan itu menjadi igauan biarpun zaman kekejaman dan penuh pancaroba itu telah lama berlalu.Bagi mereka yang mengalaminya tentulah amat pahit untuk dikenang apatah lagi kesan dan parutnya masih ada hingga ke hari ini.

Di Pahang kisah dan penentangan  komunis walaupun pada asasnya seperti dilain-lain negeri di Tanah Melayu pada waktu itu, hampir serupa namun ia menjadi agak unik kerana terdapat sebilangan anak bangsa yang telah terpengaruh dan bersedia mengorbankan diri biarpun musuh yang dihadapinya adalah sesama bangsa jua.
Kajian  jumlah anggota keselamatan yang terkorban dalam pertempuran dengan pengganas komunis khususnya Pasokan Polis di negeri Pahang juga ramai bilangannya. Walaupun jumlahnya tidak sebesar jumlah terkorban anggota keselamatan di Perak dan Johor namun sepekara yang menarik perhatian penulis adalah jumlah pegawai British yang terkorban dalam tempoh darurat tersebut. Didapati jumlah pegawai British yang terkorban jauh lebih tinggi berbanding di lain-lain negeri .

Sejarah mencatatkan peristiwa pembunuhan (3) pegawai Eropah di Perak pada 16 Jun 1948 antara penyebab yang memuncak kepada penentangan komunis seingga membawa kepada pengisytharan darurat. Di antara tahun 1948 hingga tahun 1955 senarai pegawai British yang terkorban dalam pertempuran dengan pengganas komunis di Pahang sebagaimana yang dicatatkan adalah seperti berikut:-

Bil
Nama
Rank
Nombor personal
Tarikh
Terkorban
Tempat kejadian
1
R.Jones
B/Sgt
26
14/2/1948
Jln Kuantan Ke Sg lembing
2
R.H.Fookes
Cadet
815
11/4/1949
Pdg.Piol, Jerantut.
3
B.Gates
A.P
4220
2/3/1950
T 42 ½ Cemeroh Highlands
4
E.P Hacket
E/Sgt
22
3/3/1950
Ban Lee Estet,Betong,Pahang
5
S.S Cook
Hons.Insp
NIL
7/7/1951
Manchis Area
6
G.O Hartley
P/Lt
501
17/7/1951
Kuantan Pahang
7
H.G Marcon
P/Lt
833
6/10/1951
Kuantan, Pahang
8
J.G Qiuck
P/Lt
846
5/1/1952
Batu Sawah, Jalan Kuantan
9
L.R Mansfield
P/Lt
361
16/3/1952
Sg Lembing, Kuantan
10
E.J Miller
P/Lt
852
20/3/1952
Teras, Raub.
11
C.E.A Bates
P/Lt
253
10/6/1952
Kuala Lipis
12
R. Dixon
P/Lt
533
20/12/1952
Kuala Medang
13
A.E Middleditch
P/Lt
480
13/12/1953
Sg Telun, Cameron, Highlands
14
C.A.O KeFee
P/Lt
1096
16/1/1955
Pahang
15
J.G Harrley
P/Lt
NIL
16/1/1955
Pahang
16
F.Mecile
P/Lt
NIL
16/1/1955
Pahang
17
Foyer
P/Lt
NIL
16/1/1955
Pahang




Berbanding dengan lain-lain negeri, serangan pengganas komunis di Pahang agak menarik untuk dikaji memandangkan ujudnya penglibatan orang Melayu dalam pasokan tersebut. Sdr Abu menulis dalam bukunya ….menyatakan Tentera Pembebasan Nasional Malaya (TPNM) atau lebi dikenali Rajimen ke10 PKM ditubuhkan pada 24 Mei 1949 berpangkalan di Temerloh Pahang. Beliua turut mendakwa mendapat sokongan yang kuat dari masyarakat tempatan namun pada   taun 1953 mengakui serangan bertaliarus pasukan keselamatan menyebabkan Rejiman tersebut lari ke sempadan Tana Melayu bergabung dengan rajiman di sebelah utara. Mungkinkah ada kebenarannya semangat kebencian yang tinggi dari kisah perjuangan Mat Kilau, Datuk Bahaman dan Tok Gajah menjadi pemangkin kepada kebencian yang membara terhadap bangsa penjajah ini, namun yang menjadi tandatanya bukan anak watan yang mengetuai rejiman tersebut kerana Sdr sendiri berasal dari Lambor kiri Perak. 

Menyingkap Sejarah Silam dalam mengenang kembali pengorbanan anggota pasokan Polis kususnya di zaman darurat diceritakan oleh En Mohd Yusof bin Abd Hamid @ Tok Maidin 76 tahun dari Kg Pesagi, Maran Pahang bagaimana komunis ketika itu memang ramai di kawasan Cenor. Beliau masih ingat Pasokan komunis masuk ke sekolah beruniform dan bersenjata lengkap dan mengajar budak-budak sekolah menyanyi lagu petrotik, Pasokan keselamatan akan datang di sebelah petang. Kami terima kedua-duanya asalkan mereka tidak melakukan kekejaman kepada kami. Bila tentera keselamatan datang kebiasaannya orang putiih kami akan-anak sambut dengan gembira kerana mereka bawa banyak hadiah gula-gula. Jika komunis datang mereka tidak bawa hadiah, mereka ajar kami menyanyi dan mereka semuanya orang Melayu”   Bagaimanapun apa yang lebih  menarik dari presepektif kepolisian juga menunjukkan pegawai polis yang pertama terbunuh semasa bertugas juga berlaku di negeri Pahang [1] dimana SJN  …mati terbunuh semasa bertugas..

Kisah  serang hendap di Batu 11 Jalan Cemor-Mentakab, Pahang sebagaimana yang di tulis oleh  Sdr. Abdullah CD antara lain mendakwa telah menembak mati 11 anggota keselamatan dan menawan 17 anggota  yang lain serta 14orang  dikatakan tercedera. Kebenaran dakwaan ini tentu sekali  untuk menceritakan kembali sejarah perjuangan salah satu Rejiman dalam Parti Komunis Malaya (PKM) yang dikenali dengan nama Rajimen ke 10 PKM. Rajimen ini dikatakan di anggotai oleh orang-orang Melayu  dan ternyata sebilangan besarnya merupakan  mereka yang berhaluan kiri yang terlibat diantaranya dalam Barisan Tani Malaya (BTM) , PETA, pembebasan tanah Air, Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan  API      .  Pertempuran tersebut dikatakan telah memihak kepada PKM dengan kekalahan yang besar jumlahnya dikalangan pasokan keselamatan.

Penulis berkesempatan berjumpa dengan salah seorang anggota keselamatan yang terlibat dalam pertempuran tersebut.Biarpun  usianyakinimenjangkau 85 tahun, namun kesihatan yang baik membolehkan  beliau berkongsi kesah traged yang berlaku ketika itu. Saksi kejadian En. Ahmad bin Bakar 83 tahun kini menetap di Felda Lui Barat, Bahau, Negeri Sembilan menceritakan bagaimana ketika itu beliau yang menganggotai pasokan Special Konstable (SC) baru 3 bulan bertugas di Balai Temerloh. Hari kejadian  beliau dan rakan yang lan telah diarah bertugas mengiring sepasukan anggota polis untuk untuk di tempatkan dibuah balai baru iaitu Balai Polis Prestegi.Jumlah kekuatan Pasokan polis yang akan ke tempat berkenaan ialah seramai (35)orang  diketuai oleh (1) Sarjan  bernama Ibrahim. Turut serta  dalam pergerakanitu ialah pasokan  Jungle Skuad,  Axulary Polis (AP) dan Anggota General Am (GD). Mereka  bertolak secara konvoi  menaiki (3) trak jenis Ford V8 pada jam 0900am. Konvoi kemudiannya mengunakan feri menyeberangi Sungai Pahang, seterusnya meneruskan perjalanan melalui jalan darat yang ketika itu keseluruhannya merupakan kawasan hutan. Lebih kurang 3 batu perjalanan semasa sampai di suatu selekoh tajam, konvoi telah diserang gerombolan komunis  yang diketahui dalam yang ramai. Ketika itulah berlaku pertempuran yang sengit yang berlangsung hampir 1 jam setengah.
Menurut saksi seramai (7) anggota polis terkorban dan (21) orang tercedera. Saksi turut mengalami kecederaan ditembak pada lengan kanan dan mata  turut terkena serpihan peluru. Kecederaan di bahagian mata itu kekal hingga ke hari ini. Komunis terlalu ramai, kami berusaha mencari tempat perlindungan, Walau komunis ramai kami tidak takut.Komunis terus meninggalkan tempai kejadian setelah merampas banyak senjata. Saksi yang cedera parah kemudiannya diselamatkan dan hanya sedar sewaktu berada dii Hospital Jerantut. Di situ saksi dapat mengingati ada (21) anggota lain yang tercedera. Saksi dirawat selama sebulan. Seingat saksi selepas seminggu kejadian Pegawai Polis  British yang dikenali dengan nama Henry Gurney ketika itu berpangkat Commissioner Police ada membuat lawatan. Beliau dikatakan boleh berbahasa Melayu dengan baik  dan ada bertanya tentang kecederaannya. Setelah pulih dari kecederaan beliau dibelikan “kerja ringan” disebabkan kecederaannya kekal.

Sepanjang pengetahuan saksi pertempuran tersebut dianggap sebagai pertempuran yang pertama diantara pasokan keselamatan dengan gerombolan Parti Komunis Malaya (PKM) yang melibatkan jumlah yang ramai. Berdasarkan apa yang diceritakan saksi juga bacaan penulis dalam buku Karya Abdulla CD, Penulis berkesempatan menjejak kembali tempat berlakunya tragedi tersebut. Kesempatan Penulis berada di Pekan Chenor, Maran Pahang akhirnya berjaya mengesan lokasi sebenar kejadian iaitu di batu 8 Kawasan Felcra Jalan Lama ke Temerloh. Ia terletak kira-kira 6 Km dari Kg Sakara, Cenor, Maran,Pahang. Sememangnya ramai orang-orang tua yang kini rata-rata berusia 70 tahun ke atas mengetahui akan tragedi tersebut malah tempat tersebut di kenali sebagai Selekoh Ambus. bat  kejadian Berdasarkan kenyataan Ia berlaku Saksi juga mendakwa ada di antara anggota komunis tersebut sememangnya dikenali diantaranya Wan Ali yang dikatakan didatangkan dari Gua Musang, Kelantan, Manap Jepon yang juga diketahui sebagai anggota Barisan Tani Malaya, Cik Gu Taha,

Diantara tahun 1948 sehingga 1960 sejumlah 103 anggota pasokan polis telah terkorban dalam serangan pengganas di kawasan Pahang.  Walaupun jumlah yang terkorban tidak seramai di Negeri Perak dan Johor, setiap kejadian yang melibatkan kematian sudah tentu ada kesahnya.

Berkongsi pengalaman  bersama En.Ahmad bin Awang Yaki 82 tahun yang menetap di Felda Keratong 5, Bandar Tun Razak, Muaazam, Pahang  menceritakan beliau memasuki Pasokan Polis Khas (SC) pada 04.04.1950 semasa berusia 18 tahun. Waktu itu kegiatan Bintang Tiga dalam menghuru-harakan keamanan dan keselamatan negara begitu kuat. Sasaran utama mereka adalah untuk memastikan ekonomi negara dapat dilumpuhkan. Alasannya Sistem Kapitalisme acuan Penjajah ingin membolot ekonomi negara, menindas rakyat dan tidak layak untuk memerintah dijadikan agenda. Siapa sahaja yang berkerja dengan penjajah khususnya  anggota pasokan keselamatan juga digelar tali barut penjajah. Serang hendap banyak berlaku. Sebilangan rumah pasong atau balai serta Pos Polis  yang menjadi sasaran dalam usaha mereka menakutkan pasokan keselamatan dan merampas senjata yang dibekalkan.



Kajian berkaitan aktiviti survesif dalam daerah Pahang pada awal tahun 50an juga menunjukkan ramai anggota pasokan polis yang terkorban dalam serang hendap pengganas.Di antara bulan Febuari hingga Januari 1951 seramai (11) anggota polis telah terkorban akibat dalam serang hendap pengganas di daerah bentong serta daerah berhampiran.

 Sebagaimana yang terpahat di tugu peringatan anggota yang terkorban di Muzium Polis, Kuala Lumpur antara yang terkorban ialah:

1.    PC 11968 Talib bin Kidam 16/02/1950di Kawasan Mengkuang
2.    SC 15618 Sehat bin Hassan 04/09/1950 di Jalan Karak Mancis
3.    SC 19396 Sharoni bin Sumat 04/09/1950 di Jalan Karak mancis
4.    SC 15786 Yacob bin Mohd Areif 26/06/1950 di Teriang-Mengkuang
5.    SC 19542 Muhassim bin Yaman  26/06/1950-Teriang-Mengkuang
6.    PC 12069 Mohamad Yunos bin Buyong 30/06/1950-Teriang-Mengkuang
7.    SM 1793 Mohd Nor bin Asap  04/09/1950 diJalan Bentong
8.    PC 11865 Salleh bin Sirona 04/09/1950 di Kawasan Bentong
9.    SC/KPL 5762 Ahmad bin Sangkut 09/09/1950 Bt 64 Jln Raub-Bentong
10. PC 13393 Kusas bin  Hj.Othman  24/11/1950 di Jalan Bentong-Raub
11. SC 29255 Hassan Bin Said  15/01/1951di Kawasan Bentong



           Penulis juga sempat bertemu dengan seorang lagi anggota yang pernah berkhidmat dalam pasokan polis semasa darurat di negeri Pahang iaitu En Wan Ismail bin Wan Sulong 78 tahun dari Kg.Tengah, Bandar lama, Kuala Rompin, Pahang.

En.Ramli bin Kassim 84 tahun dari Kampung Mengkarak, Bandar Bera, Pahang. Beliau memasuki polis tahun 1949 memakai no 24463.Tiga tahun kemudian pada 1951 beliau menyertai regular polis dengan menggunakan nombor 14803. Ternyata banyak kisah  di zaman perang masih dalam ingatan beliau. Beliau tidak lupa bagaimana seorang pemimpin komunis yang begitu terkenal di Melaka dan Tampin, Negeri Sembilan  nama Abu Noh Berjaya ditangkap dengan mudah oleh beliau. Menurut beliau lagi tangkapan itu sebenarnya dibuat secara tidak sengaja, Abu Noh yang dikatakan berasal dari Kg.Cerana Putih datang ke rumah pasong  memakai uniform barisan tani Malaya (BTM)  pada mulanya untuk dapatkan penjelasan tentang kegagal;an dia mendapatkan surat beranak akibat kekasihnya nama Yong Cik yang mengandung kerana mereka terlanjur. Dengan membawa Pistol abu Noh menyerah diri pada beliau yang ketika itu berada di pejabat pertanyaan. Setelah meyerahkan senjatanya, Beliau mengajak Abu Noh minum di kedai  kopi belakang rumah pasong tersebut.  Abu Noh kelihatan bersaha menurut beliau duduk minum semeja.Tidak semena-mena satu pegawai datang menghampiri meja minum beliau dan terus memberkas Abu Nuh yang sedang minum bersama beliau.Apabila berjalan ke Rumah Pasong, beliau lihat ramai pasokan keselamatan beruniform lengkap bersenjata. Ruma-rupanya kehadiran Abu Noh di rumah Pasong itu telah mendapat perkhabaran pihak atasan, lalu arahan dikeluarkan agar Rumah Pasong tersebut di kepong, disebabkan Abu Noh merupakan pengganas Nombor satu kawasan Tampin dan Melaka serta amat dikehendaki. Mengenang kisah tersebut beliau tersenyum kerana tidak menyangka beliau begitu mudah dapat menangkap seorang ketua komunis.
Mengingati peristiwa Kemerdekaan Tanah Melayu, ketika Tuanku Abd Rahman  membawa pengisytharan kemerdekaan dari London, beliau adalah antara polis yang bertugas di lapangan Terbang Batu Berendam, Melaka ketika itu.
Mengingati nama-nama  orang melayu yang bergiat cergas dalam menganggotai pasokan survesit  antaranya ialah Manap Jepon,anak tempatan kg Buntut Pulau,Temerloh Pahang, Abu Samah dan Cik Gu Taha.


[1] Wekipedia sejarah polis


3 comments:

  1. Saya ingin bertanya. Ada kah pernah PKM pernah merentas hutan dekat Janda Baik?

    ReplyDelete
  2. Ada dokumen lanjut ttg tokoh haluan kiri dari Temerloh dan lain2 tempat di Pahang.

    ReplyDelete
  3. Ada satu tragedi di pekan kerdau di mana satu lelaki bernama sharif mati ditembak cina, susulan itu atm telah menggeledah dan memeriksa kesemua penempatan cina di pekan kerdau untuk menjejaki komunis,pada ketika iti Dato seri Najib Razak adalah menteri besar pahang...

    ReplyDelete